Exhuman – Virtue Lies [Single, 2023]

0
Exhuman

Exhuman, unit Metalcore/Groove Metal Lembah Klang telah pun menerbitkan single terkini mereka ‘Virtue Lies’ yang merupakan teaser kepada upcoming mereka yang akan keluar pada 2024.

Exhuman

Virtue Lies kedengaran seperti campuran antara Metalcore yang berpengaruhkan Groove Metal dan Thrash Metal. Ini boleh didengari melalui riff gitar, bass dan vocal delivery yang berbunyi moden berkiblatkan NWOAHM dengan rabid guitar solo ala Thrash Metal. Single ini memberikan taste of what things to come from Exhuman yang jelas fast, uncompromising, catchy dan headbang inducing.

It seems like Exhuman can make sense of what they’re doing lah; lagu yang bukan sahaja catchy tetapi puas didengari.

Kualiti Virtue Lies dari segi rakaman dan adunan adalah decent dengan instrument kedengaran jelas dan seimbang. Malah tone bass juga berdentum jelas despite guitars dan drums going crazy at breakneck speed. Tekstur vocals juga jelas dengan layering yang enak di beberapa tempat. It seems like Exhuman can make sense of what they’re doing lah; lagu yang bukan sahaja catchy tetapi puas didengari. Sebenarnya saya tidak berapa gemar meletak harapan yang tinggi terhadap keluaran single kerana ia tidak menggambarkan the final product tapi Virtue Lies buat saya agak teruja dengan upcoming EP Exhuman. Kita tunggu sajalah sementara tu.

Virtue Lies kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: Trivium, Sylosis, Machine Head

Ikuti Exhuman di:

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected