Einvigi – Sielulintu [Full Length, 2020]

0

Sielulintu merupakan sebuah rilisan sulung Einvigi, sebuah band yang mempersembah genre folk dan disulami blackgaze. Ia diterbitkan melalui Inverse Records pada Disember 2020. Track-track yang disajikan dalam EP sangat syahdu bila mana element element folk yang mendamaikan, seolah olah berada dalam dunia fantasy Tolkien, sebelum disergah lantang dengan suara saitan black metal.

Namun Einvigi tidak lah terlalu extreme dengan blastbeat dan screeching seperti band band black metal mahupun blackgaze yang lain. Track seperti “Noitajoki” terasa lebih santai dan upbeat dan track terakhir, “Korveb Yllä Tanssivat Taivaan Tulet” yang berdurasi 8 minit lebih mampu membawa pendengar hanyut menuruti masa. Kesuluruhan EP juga mempunyai clean vocal yang lebih dominan berbanding screaming vocal.

Pada hemat aku Einvigi berjaya membawa vibe vibe nature dan Finnish folklore disemadikan dalam Sielulintu EP, seperti yang ingin mereka sampai kan sejak tertubuhnya band ini.

Sielulintu kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Ellende, Sylvaine, Alcest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected