Dusares – Scripture of Demonology [EP, 2024]
Unit Symphonic Deathcore Malaysia, Dusares telah pun mengeluarkan EP pertama mereka ‘Scripture of Demonology’ yang dikeluarkan sendiri pada Julai 2024. Sebahagian daripada trek daripada EP ini pernah dikeluarkan sebagai single iaitu Al-Mawt dan Tadmir, dan selebihnya adalah trek baharu dengan selingan intro dan interlude.
Scripture of Demonology meneruskan tema yang familar dalam single-single sebelum ini yang menyentuh tentang eschatology dan kehancuran. Sungguhpun saya familiar dengan tema ini daripada single Al-Mawt dan Tadmir, it made little to no sense kepada saya sewaktu dikeluarkan, namun dengan keluarnya EP Scripture of Demonology dan tambahan instrumental tracks dan beberapa trek baharu, semuanya kedengaran coherent dan lengkap.
It’s nasty, dirty and crowdkill inducing at the same time.
Bermula dengan intro ‘Dukhan’, Dusares menghidangkan feel yang uncomfortable dan cemas melalui bunyi tiupan dan soundscape yang brooding untuk menggambarkan judgement day dan kemusnahan total yang akhirnya tiba. Menyusuli adalah Al-Mawt. Anda boleh membaca ulasan Al-Mawt di sini, namun saya perasan ada sedikit modification dan improvement dibuat kepada Al-Mawt versi EP yang lebih crisp. Obviously, berbunyi lebih devastating dengan paduan low-tuned guitars, symphonic keyboards dan ear-piercing shrieks. Trek seterusnya, Abysmo membuka dengan nyanyian sayup-sayup ala Jawa yang ethereal dan errie pada masa yang sama sebelum membedil pendengaran dengan permainan gitar yang berat dan vokal yang alternate antara shrieking dan bellowing. Abysmo (dan trek-trek lain) mengingatkan saya kepada Lorna Shore, Shadow of Intent dan Winds of Plague melalui paduan keyboard yang dramatic, permainan gitar yang alternate antara melodic dan face punching dan dram yang consistently membalun di belakang mix serta breakdown yang cuba menjadi seberat mungkin. It’s nasty, dirty and crowdkill inducing at the same time. I’m kind of like it.
Malhada adalah penutup kepada Scripture of Demonology, dan saya berpendapat ia adalah trek yang strong untuk menamatkan pengalaman mendengar EP Dusares ini…
Sahara pula sekadar instrumental yang menghidangkan permainan gambus diawangi suara-suara berbisik. Pretty much plain dengan tiada context. Saya ingat ia connected kepada Tadmir, namun it kedengaran generic filler. Tadmir pula telah diulas di sini, tapi buat yang malas nak baca ulasan Tadmir sebelum ini, ia menampilkan clean vocals daripada Rain (Cycryptic) yang added a dramatic flair to the track. It’s pretty catchy namun di trek ini saya baru menyedari dram Dusares kedengaran over-processed, terutamanya cymbals yang kedengaran sintetik dan tak crisp. Malhada adalah penutup kepada Scripture of Demonology, dan saya berpendapat ia adalah trek yang strong untuk menamatkan pengalaman mendengar EP Dusares ini, dengan memorable songwriting dan execution yang fairly nice melalui permainan gitar yang decent, inclusion bunyian symphonic dan paduan vokal harsh dan clean.
Still, it’s a decent release that deserves a spot in your playlist.
Scripture of Demonology adalah terbitan yang decent untuk sebuah band Deathcore tempatan. Obviously, kualiti akhir produk masih boleh diperbaiki seperti adunan yang lebih jitu dan less digital. Saya juga tak berapa berkenan dengan intro dan interlude yang serve no real purpose (okay to be fair, Dukhan is okay) other than filler. Dan saya juga dah familiar dengan trek Tadmir dan Al-Mawt, jadi dah boleh agak style dan direction EP ini. Still, it’s a decent release that deserves a spot in your playlist. Akhir kata, I want to hear more from them!
Scripture of Demonology kini terdapat dalam format CD.
FFO: Lorna Shore, Winds of Plague, Shadow of Intent, Daarchlea, Purbawara, Cradle of Filth, Dimmu Borgir
Ikuti Dusares di media sosial: