Dusares – Al-Mawt [Single, 2022]

1

Dusares adalah unit Symphonic Deathcore dari Malaysia yang baharu saja mengeluarkan debut single mereka yang berjudul Al-Mawt. Dahulunya bergerak di bawah nama Plague of Vienna, penjenamaan semula mereka turut mencerminkan pertukaran stail muzik dimainkan.

Mendengar Al-Mawt mengingatkan saya apa yang terjadi sekiranya ahli-ahli Hecate Enthroned atau Cradle of Filth mengambil keputusan untuk berpindah ke AS dan terdedah kepada sound Deathcore pertengahan millennium. Bunyian Symphonic yang intense dan rabid dipadukan dengan low-tuned guitars, ditaburi breakdown merata serta vokal yang alternate antara low grunt kepada pekikan tinggi pecah tekak. Keyboardist nampaknya banyak terpengaruh dengan Hecate Enthroned, Abigail Williams dan Shadow of Intent atau juga Fleshgod Apocalypse yang banyak membentuk form lagu ini secara majoriti untuk feel yang epic dan chaotic seakan judgement day telah tiba. Gitar pula banyak memainkan chug-chug yang selari dengan traits Deathcore, tapi disedapkan solo gitar yang pendek di pertengahan lagu. Saya agak enjoy trek ini sungguhpun they could have done more with the sound.

Ada kalanya Al-Mawt terasa menjejak territory Black Metal dan Death Metal lantaran execution Dusares yang mirip gaya band-band era 90an. But also I guess keyboard juga memainkan peranan yang mempengaruhi sound mereka. Satu lagi juga adalah kualiti rakaman dan adunan yang could have been better untuk era moden sebegini. Al-Mawt kedengaran sedikit muffled untuk gitar dan bass drum (let’s not talk about bass at all) apabila semua instruments berebut untuk berada di hadapan mix. Sebab tu saya cakap ia berbunyi macam gaya band era 90an (tapi main Deathcore). Kesimpulannya, not a bad attempt, and definitely berjaya menarik perhatian untuk saya dengar sampai habis. Of course, gaya sebegini tidak asing lagi dalam scene tempatan but hey, the more, the better!

Al-Mawt kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: Hecate Enthroned, Cradle of Filth, Abigail Williams, Shadow of Intent, Daarchlea, Purbawara, Dimmu Borgir

1 thought on “Dusares – Al-Mawt [Single, 2022]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected