Dusares – Tadmir [Single, 2023]

0

Unit Symphonic Deathcore Malaysia, Dusares telah kembali dengan follow-up single mereka yang berjudul Tadmir. Kalau ikutkan dalam bahasa Arab, Tadmir bermaksud kehancuran, lebih kurang la macam tu.

Tadmir masih menerapkan stail Symphonic Deathcore ala Lorna Shore, Shadows of Intent dan Winds of Plague selain menyelitkan stail Symphonic Black/Death Metal mengingatkan pendengar kepada Abigail Williams (era In the Shadow of a Thousand Suns), Hecate Enthroned, Dimmu Borgir, dan banyak lagilah. Tadmir menampilkan Rain daripada Cycryptic untuk memperkuatkan department gitar dan vokal, jadi saya ada high expectation sikitlah. Single ini sebenarnya tidak banyak perbezaan dengan Al-Mawt; dipandu symphonic elements, earth shattering breakdown, eerie and sinister atmosphere, aggressive drumming serta vokal yang buas meliar. Apa saja yang tick the boxes untuk sebuah band Symphonic Deathcore, Dusares ada semuanya. And I feel it’s pretty alright although ada beberapa bahagian yang masih belum diperbaiki daripada single sebelumnya. Atau mungkin saja Dusares memang berniat untuk kekalkan cara sebegini.

Tadmir menampilkan Rain daripada Cycryptic untuk memperkuatkan department gitar dan vokal, jadi saya ada high expectation sikitlah.

Pertama sekali adalah bass-heavy mix. Mungkin saja disebabkan stail Deathcore yang banyak menggunakan low tuning dan juga tendency untuk capai sound seberat mungkin, Dusares cuba untuk kekalkan adunan sound sebegini. Saya faham, tapi bass heavy mix juga bukan bermaksud hingga sesetengah instruments muffled. And I’m not even talking about bass because surprise, surprise, bunyi bass timbul pulak dalam single kali ini. Yang tenggelam adalah dram dalam mix. Terutamanya snare dan cymbals yang tak crisp bunyinya. Dan bila semua instruments berbunyi, seakan terasa muffled dan bass heavy. Payah jugak nak gambarkan, rasa tak puas telinga dengar bila lagu yang decently crafted tapi dilemahkan dengan mix yang muffled.

Kedua adalah clean vocals yang kedengaran struggle untuk maintain konsisten. Saya tak pasti sama ada ini vokal daripada Rain atau sebaliknya, because it sounds majestic in the first few seconds before immediately terkucil bila vokal semakin tinggi. Sedikit potong stim la. I wish it was done better. On the other hand, harsh vocals memang kedengaran menggerunkan dengan low snarl bertalu-talu menggegar pendengaran. In fact, harsh vocals kali ini lebih baik berbanding Al-Mawt.

On the other hand, harsh vocals memang kedengaran menggerunkan dengan low snarl bertalu-talu menggegar pendengaran.

Tadmir mempunyai moments yang menyinar, terutamanya elemen symphonic yang glorious semenjak single pertama mereka. Dan juga harsh vocals yang oppressive selain breakdown yang punishing. Namun semua ini dibayangi dengan mix yang kelam. Tapi unless ini stail output yang mereka ingin bawa, I guess that’s their call. Nothing wrong with it, cuma saya rasa it could have been better.

Tadmir kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: Hecate Enthroned, Cradle of Filth, Abigail Williams, Shadow of Intent, Daarchlea, Purbawara, Dimmu Borgir

Temui Dusares di TikTok dan Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected