Cycryptic – Solitasi [Single, 2022]

1

Unit Deathcore Malaysia, Cycryptic baharu sahaja mengeluarkan single terkini mereka yang berjudul Solitasi. Trek Solitasi merupakan follow-up daripada album sulung mereka dikeluarkan pada 3 tahun dan merupakan teaser kepada album baharu mereka akan datang.

Solitasi menjamu pendengar dengan persembahan Deathcore yang percussive dan angular selain tone gitar ditala rendah. It’s a face punching, back-shattering track yang bukan sekadar Deathcore yang straightforward, sebaliknya diperkaya dengan clean vocals yang memberi dinamik dan counter balance kepada main vocals yang nak meletup tekak memekak. Saya menyukai tone gitar yang mengingatkan saya kepada Northlane yang chunky macam kena hentak lori minyak pada full speed. Overall feel pula mengingatkan saya kepada Shadow of Intent yang keep you at the edge of the seat dengan lagu yang fast tanpa hilang dinamik turun naik, kecuali Cycryptic tidak mempunyai elemen symphonic (mana tahu lagu dalam album akan datang ada pulak) dan brutality Lorna Shore untuk bulldoze the whole song macam lembu naik minyak. 

Saya fikir it’s a decent effort and a good teaser kepada album akan datang. It could be gamechanging, who knows?

Solitasi kini terdapat dalam format streaming digital.

FFO: Lorna Shore, Northlane, Shadow of Intent, Winds of Plague

1 thought on “Cycryptic – Solitasi [Single, 2022]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected