Hegemone – Voyance [Full Length, 2022]
Unit Blackened Post-Metal dari Poland, Hegemone baharu saja mengeluarkan album terkininya yang berjudul Voyance melalui Brucia Records. Jarang saya dengar Post-Metal yang dijadikan Black Metal, selalu dengar Post-Black Metal. Apa entah bezanya, saya pun tak tau.
Voyance menawarkan pengalaman Post-Metal yang disturbing dan bleak melalui 7 lagunya. Ia bukan sahaja menjalin sound Post-Metal berbaur Black Metal, tetapi juga dengan tone Sludge Metal berbaur Hardcore Punk. Selalunya Post-Metal mempunyai feel sublime yang melayang-layang dan hopeful, sebaliknya ini adalah feel yang hopeless dan comfortable dengan atmosphere yang brooding. Basically, saya ulang, ia adalah Post-Metal dimainkan dalam mood Black Metal. It’s dark, cold and terrifying. Vokal yang barking dalam gaya Sludge/Hardcore berbunyi desperate dan melepas geram seiring dengan permainan gitar yang blurring between Black Metal dan atmosphere Post-Metal yang berperisa sejuk-sejuk, hujan-hujan.
Voyance adalah pengalaman sonik yang negatif, uncomfortable dan painful dari segi feel yang dimanifestasi dengan cemerlang. Kira tema disampaikan relatable la. Juga saya macam kagum jugak macam mana execution muzik ini diterbalikkan daripada kebiasaaan dan masih berjaya menarik perhatian saya. Blackened Post-Metal, hmm. Saya memang layan habis lah ni. Sekali dengar macam ISIS yang tiba-tiba nak main stail Norwegian Black Metal. Good stuff. Unconventional but still works.
Voyance kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Cult of Luna, White Ward, Conjurer, Downfall of Gaia, Altar of Plagues, Year of No Light