Craven Idol – Forked Tongues [Full Length, 2021]

0

Geng Black/Thrash Metal dari United Kingdom, Craven Idol telah mengeluarkan album penuh ketiganya pada hujung Julai 2021. ‘Forked Tongues’ diterbitkan melalui Dark Descent Records menghidangkan 7 trek Black/Thrash yang pekat dengan pengaruh band-band veteran daripada genre ini.

Forked Tongues adalah testimoni yang Craven Idol masih mengatakan tidak kepada menjadi trendy, sebaliknya embraced the old-school spirit in its entirety. Forked Tongues cukup dilimpahi dengan fury gaya Black/Thrash Metal seperti Absu, Sodom, Bathory, Destroyer 666 dan attitude Metal yang tak berbelah-bahagi seperti Cirith Ungol, Mercyful Fate, Celtic Frost dan Master’s Hammer yang diterjemah melalui riffing tajam yang takde belas kasihan, drumming yang meribut (namun berbunyi organik) dan lontaran vokal yang berteriak rabak. Saya sukakan terbitan sebegini yang membawakan feel old-school yang destructive dan keeping it real. Ia menampakkan mengapa early Black Metal begitu appealing kepada audience pada zaman-zaman awal gaya muzik ini mula bertapak. Tak perlu technical berkati-kati, tak perlu gimik aneh, hanya perlu lagu-lagu penuh attitude

Saya menyedari Forked Tongues bertambah intense dan interesting semakin ia menuju ke penghujung. Lebih banyak blastbeat berpesta, lebih banyak memorable guitarworks dan semakin kuat old-school vibe ditampilkan. Senang cakap, makin sedap dilayan. Saya fikir kalau ini dimainkan secara live di show, pasti sudha berterabur audience membalun sesama sendiri. It’s so, so, so good! Forked Tongues adalah album Black/Thrash Metal yang menderu laju, tiada kompromi dengan old-school charm yang buat mana-mana peminat kental gaya muzik ini terpikat serta-merta. Ini jaminan saya.

Forked Tongues kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset, dan muat turun digital.

FFO: Absu, Celtic Frost, Destroyer 666, Sodom, Sarcofago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected