Corrupted Saint – Mutilated Before the Masses [EP, 2020]

0

Band Death/Thrash Metal dari Florida, Corrupted Saint baru saja mengeluarkan EP terkini berjudul ‘Mutilated Before the Masses’ melalui Raw Skull Recordz dan Redefining Darkness Records. EP ini menghidangkan 4 trek yang bukan sebarangan punya ganas.

Dengan breakneck speed dan permainan yang agresif, saya terus tangkap lentok dengan EP ini. I mean, ini Death/Thrash yang cukup perisa untuk menghancurkan kepala otak anda. Corrupted Saint adalah embodiment American Death/Thrash Metal pada 90an yang digilai ramai seluruh dunia suatu ketika dulu. Dengan gitar yang hammering, diiringi rentak dram yang bertalu bagai nak pecah dan vokal yang monstrous, tak ada sebab untuk anda skip mereka ini.

Saya perlu memuji kualiti EP ini yang jelas, kerana bass mereka cukup audible sekalipun di kala lagu tengah meribut Thrashing kiri kanan! Satu lagi, penggunaan teknik divebomb terselit dalam satu atau dua lagu mereka ini cukup lazat dan entah kenapa memberi enhancement kepada feel lagu-lagu mereka. Berbunyi klasik namun moden. Itu belum kira vokal high pitch tiba-tiba menerjah, wah macam zaman dulu!

Susah saya nak point out kelemahan EP ini memandangkan setiap trek mempunyai keunikan tersendiri selain benar-benar terasa bagaikan mendengar terbitan lama dengan kualiti yang updated. Saya kira pendengar sama ada dari generasi otai atau yang baru nak kenal Death/Thrash boleh layan Mutilated Before the Masses memandangkan ia catchy dan violently abrasive pada masa yang sama. Don’t sleep on this. Anda mungkin sedang menyaksikan permulaan sebuah band yang bakal jadi besar di masa hadapan.

Mutilated Before the Masses kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Demolition Hammer, Exhorder, Num Skull, Obituary

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected