Cemetery Dwell – Cold Visions of Nether [Demo, 2020]

0

Cemetery Dwell merupakan unit Death Metal dari Argentina dan baharu saja mengeluarkan demo sulung mereka berjudul ‘Cold Visions of Nether’ melalui Redefining Darkness Records pada 30 Disember 2020.

Okey whoa! Sekalipun terbitan ini berstatus demo, tapi betul-betul berapi! Jelas sekali Cemetery Dwell ni berkiblatkan sound Finnish Death Metal; low-end rumbling guitar, vokal yang burping dan bergema, drum blasting yang tak henti-henti serta overall sound yang primitif. Ini memberi vibe yang menacing buat pendengar. Takde gimik atau tricks, hanya Death Metal yang buruk dan kejam. Sekali dengar macam Cavernous Death Metal pun ada tapi maybe it’s just me.

Demo ini sekadar menghidangkan 3 trek namun dah cukup menarik perhatian saya dengan savagery dan kepantasan yang ditonjolkan. Saya fikir peminat Finnish Death Metal seperti Demilich dan Depravity akan boleh relate dengan Cemetery Dwell. Pada saya sound mereka memang senang nak didefinisikan: no-nonsense, skullbashing and relenteless low end audio torture. Inilah Death Metal yang membentuk Finnish Death Metal 90an dan kini menjadi inspirasi kepada band muda seperti Cemetery Dwell. Ungh!

Cold Visions of Nether kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Demilich, Depravity, Demigod

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected