CLI (Cruel Life Inside) – Eclipsis Vitae [Full Length, 2021]

0

Cruel Life Inside, sebuah unit Atmospheric/Post-Black Metal Itali baru saja mengeluarkan album sulung mereka ‘Eclipsis Vitae’ melalui Casus Belli Musica dan Beverina Productions pada 12 Mac 2021.

Eclipsis Vitae menawarkan 7 trek yang meneroka perjalanan emosi yang berat dan gelap. You know, there are time we will be at a very dark place? Yeah, inilah soundtrack kepada pengalaman ini, yang shift antara kecewa, marah, menyesal dan kembali berharap. Berat jugak isu yang cuba diketengahkan namun muzik yang dimainkan cukup sedap dilayan. Feel Atmospheric yang dijalin bersama Post-Black Metal dan Doom Metal mewarnai album yang cukup unghhhh sedap ini.

Saya perasan album ini sarat dengan keyboard yang mewarnai feel atmospheric dan membangkit rasa hiba. Dan banyak jugak trek yang diselitkan sampel bunyi hujan dan angin yang secara tak langsung memberi feel rasa nak berselubung dalam selimut dan cry your life away.  Sentuhan Black Metal dalam album ini cukup-cukup saja dan takde nak dominasi sangat; ada blastbeats, croaking vocals di beberapa tempat dan gitar yang crunchy. Selebihnya adalah approach yang saya cukup gemar; keyboard dan clean guitar yang diberi reverb (memang Post-Metal la ni), crooning vocals yang tenang (kemudian disusuli teriakan parau) dan tempo yang majoritinya mid tempo, almost Doom Metal-like seakan Katatonia lama.

Highlight album ini adalah solo gitar beremosi di trek Fletus dan permainan keyboard yang merenggut hati di trek Infirmus dan Cura. Ini dah cukup buat saya fikir ini effort yang baik, sekalipun saya fikir clean vocals can do better serta kualiti rakaman yang boleh bersih lagi. Anda patut check out Eclipsis Vitae jika anda mahukan Metal yang bikin hati sedih dan cathartic.

Eclipsis Vitae kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Katatonia (early), Woods of Desolation, Midnight Odyssey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected