Cult Graves – Strange Customs [EP, 2021]

0

Cult Graves adalah sebuah band Black/Death Metal Amerika Syarikat yang keji dan primitif. EP terkini mereka ‘Strange Customs’ yang diterbitkan melalui Godz ov War Productions memaparkan sound yang murky, buruk dan mengerikan, yang somehow menarik perhatian saya untuk terus dengar sampai habis.

Strange Customs menghidangkan 4 trek Black/Death Metal yang kacau bilau dengan gitar ditune rendah dan kotor. Ditambah pula dengan vokal yang monstrous dan dram yang kelam-kabut seakan permainan DD Crazy dari Sarcofago era INRI, Strange Customs mewujudkan suasana yang uncomfortable dengan aura jahat. Saya tak fikir Cult Graves sebenarnya teknikal pun (dan tak juga cakap mereka tak pandai handle instruments), tapi bergantung kepada speed yang tahap pecah kepala, gitar yang runing up and down the fret boleh buatkan pendengar yang tak familiar dengan stail ini cepat terasa disoriented. Lupa nak cakap, gitar yang murky ni pun macam dah tahap Cavernous Death Metal, yang buat saya tak dapat lari daripada menyamakan mereka dengan Portal, selain chaotic music yang mirip Blasphemy dan Beherit. Takde kompromi, hanya nak total destruction. 

Saya jarang menyukai Black/Death Metal yang chaotic begini kerana banyak band menggunakan alasan bunyi barai macam ni untuk jadi kvlt, tapi sebenarnya tak reti main muzik pun. Namun Cult Graves from the first listen dah tau yang mereka boleh handle instruments dengan baik, cuma lebih cenderung nak mainkan muzik yang ear tormenting. Strange Customs boleh disamakan seperti pengalaman muka yang dihentak bata bertalu-talu sampai berdarah-darah, namun susah nak dihentikan sebab brutal yang tak ingat punya, and also because you’re sadistic lol. Saya sukakan Black/Death Metal yang meribut sebegini yang tak peduli pun apa-apa asalkan dapat jadi seganas mungkin. Ugh!!!!

Strange Customs kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Proclamation, Deicide (old), Blasphemy, Portal, Sarcofago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected