Leandrul – Psychosis of Dreams [Full Length, 2021]

0

Leandrul merupakan projek terkini artis solo dari Seattle yang bernama Crosby Morgan. Memainkan Dark Folk/Electronic/Experimental, Leandrul baharu sahaja mengeluarkan album penuh yang berjudul ‘Psychosis of Dreams’ melalui Handsmade pada 5 Mac 2021.

Psychosis of Dreams merupakan curahan hati Crosby tentang melawan masalah mental dan kembali menemui dirinya sendiri, jadi kita boleh expect terbitan ini yang berat, dark dan melankolik. Saya familiar dengan projek beliau yang lagi satu yang tak jauh berbeza dengan Leandrul, cuma Psychosis of Dreams lebih meriah dengan bunyian elektronik yang mengingatkan saya kepada Grimes. Saya difahamkan yang album ini dilakukan oleh Crosby sendiri dan kualiti rakaman yang ditampilkan boleh dikatakan bagus untuk standard muzik Folk/Experimental.

Album ini sebenarnya mempunyai feel yang berbeza-beza di setiap trek. Saya fikir ini sebenarnya adalah manifestasi emosi Leandrul yang bercelaru dan struggle untuk tidak tewas dengan tekanan yang dihadapi. Ada trek yang terasa seperti prjek lama Crosby, ada yang berbunyi synthpop dengan throwback kepada 1980s electro, ada yang mempunyai vokal yang berlapis-lapis tersusun indah, malah ada yang folk sipi-sipi Americana. Saya tak kisah dengan diversity of sound dalam album ini, kerana setiap trek adalah equally enjoyable. Tak kira la pulsating electronics atau minimalist dengan guitar plucking, Psychosis of Dreams ada semuanya. Dan saya merasakan album ini dihasilkan dengan tulus untuk mendidik tentang mental struggle tanpa perlu memancing dengan publisiti murahan. Cuma tulis lagu-lagu yang catchy, and you’re good to go. Dengar sendiri dan selami susah-payah perjalanan beliau pulih daripada mental illness.

Psychosis of Dreams kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Grimes, Nine Inch Nails, Austra, New Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected