Aschenvater – Landungsfeldmassaker [EP, 2021]

0

Punyalah berbelit lidah nak sebut nama band dan album mereka ni. Namun output terkini mereka boleh tahan hebat juga. Aschenvater adalah unit Old School Death Metal dari Jerman yang baru saja mengeluarkan album berjudul Landungsfeldmassaker melalui Dead Center Productions.

‘Langdung…’ adalah terbitan OSDM yang chaotic. Ini jelas kedengaran melalui tone gitar buzzsaw dan dentuman dram yang bertalu-talu ala Bolt Thrower dan Hail of Bullets. Kalau ikutkan, tema mereka yang berkiblatkan game Warhammer 40K sebenarnya amat selari dengan Bolt Thrower di keluaran awal mereka. Jadi saya assume mereka mungkin berinspirasikan lagenda OSDM British ini lah. Ditambah pula dengan obsesi mereka dengan perang (yang fictional), the resemblance is uncanny. Ditambah pula dengan vokal yang roaring seakan Karl Willet sewaktu muda, apa lagi nak saya samakan ye dak? Pada saya Aschenvater terasa lebih pantas dan savage daripada influence mereka, dan ini at least memberi ruang untuk mereka menjadi lebih original.

Saya mendapati Landungsfeldmassaker mempunyai kualiti produksi yang boleh tahan dan masih setia berbunyi seperti mana-mana terbitan OSDM di era 90an. Obviously mereka mempunyai feel dan vibe yang betul, cuma saya berharap di terbitan akan datang mereka akan lebih berani bereksperimen, terutamanya mempertimbangkan mempunyai lebih banyak solo memandangkan Landungsfeldmassaker mempunyai kurang atau tiada solo yang menarik. Ini adalah terbitan sulung mereka, jadi saya mengharapkan output lebih baik di masa akan datang! But do give them a listen!

Landungsfeldmassaker kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Bolt Thrower, Hail of Bullets, Just Before Dawn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected