Acathexis – Acathexis (2018)

0

Pernah dinobat sebagai album paling laris di bandcamp untuk genre Atmospheric Black Metal. Dan setelah gua mentelaah secara keseluruhan, sememangnya gua bersetuju Acathexis adalah sebuah album yang sangat jitu penangan Atmospheric Black metal nya. Acathexis secara mukadimahnya adalah sebuah projek online yang sepenuhnya menggunakan khidmat internet untuk perhubungan, interaksi dan kerja2 penyampaian sample lagu2 didalam apa yang terhasil melalui self-titled ini. Tiga line up yang berada di tiga buah negara seasingan iaitu Deha (Belgium), Dany Tee (Argentina) dan Jacob Buczarski (USA) ini tidak membataskan sebarang penafian dari erti kata lokasi yang berjauhan malah turut memperkatakan didalam sesi temubual bahawa tidak mustahil mereka bakal tampil dalam persembahan live. Self-titled Acathexis (2018) release secara digital pada 26 December 2018 sebelum ianya muncul secara fizikal untuk format vinyl sahaja worldwide. Selain dari format tersebut, ketika entry ini ditulis tiada format selain vinyl (juga digital) yang dihasilkan dan Acathexis kini dalam usaha untuk mengeluarkannya dalam format CD. Dukacita dimaklumkan pihak label iaitu Fallen Empire yang bertanggungjawap menghasilkan album ini dalam format vinyl juga telah ditutup. Acathexis secara rasmi dianggotai oleh Deha (Guitars / Bass / Arragement), Jacob Buczarski (Additional Guitars / Arrangement / Drums/Lyrics) & Dany Tee (Vocals / Lyrics).

Artwork oleh Kieran Wakeman
1 – Immurement
2 – Life Only Festers
3 – Vein Hollowed
4 – Stillborn // Isolate

4 buah track dengan total durasi menghampiri 40 minit sememangnya berbaloi dimana setiap track punya durasi sekitar 9 ke 10 minit dan lebih. Cukup segala pelbagai perisa Atmospheric sehingga Black Metal, ternyata Acathexis (2019) adalah sebuah album yang cukup hebat. Difahamkan melalui beberapa pembacaan sesi temubual, projek ini mengambil masa sekitar 2 tahun bermula dari sesi composition oleh Deha yang menulis rangka lagu. Penghasilan yang unik ini bermula apabila demo yang ditulis Deha ini diberi kepada Fallen Empire dan pihak Fallen Empire yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Jacob telah memberi Jacob demo yang dihasilkan Deha. Selepas itu Jacob telah berdiskasi bersama Dany untuk menghasilkan album hasil dari demo tersebut. kata sepakat dicapai dan mereka bertiga bersama mengusahakan sehingga ianya direalisasikan untuk penghasilan album ini. (sememangnya kuasa internet digunakan sepenuhnya oleh ketiga2 line up – Ed)

Apa yang pasti, keempat-empat track adalah bagus dan sepanjang beberapa kali album ini dimainkan, ternyata sukar untuk memilih track terbaek. Sememangnya keempat-empat track punya kekuatan tersendiri walaupun berada dalam konsep yang sama dan juga.. dalam durasi yang agak panjang..

Secara teknikalnya album ini sangat gah bunyian/mood/elemen Atmospheric nya. Juga ianya agak keras untuk pengaruh Black Metal didalamnya. Setiap line up memberi kerjasama yang sangat jitu dalam menghasilkan mutu akhir untuk kualiti bunyi album ini. Kredit harus diberikan kepada Deha yang bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering album ini.

Acathexis (2018) mungkin masih boleh diperolehi untuk format vinyl jika dilihat pada laman bandcamp Acathexis. Diharap format-format lain seperti CD atau kaset bakal dikeluarkan dalam masa terdekat. Dan satu berita menarik adalah ketiga-tiga line up sudah mula melakukan kerja-kerja komposisi material-material terbaru untuk album susulan dan ada juga dinyatakan beberapa lagu yang tidak dimasukkan didalam debut album ini juga sedang dalam proses pembaikpulih. Kepada penggemar genre Atmospheric Black metal, jangan ketinggalan mengenali Acathexis dan sila dapatkan material rasmi pertama mereka ini melalui laman bandcamp mereka.

Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected