Eternal Storm – Come The Tide (2019)

0

Eternal Storm adalah unit Melodic Death metal yang berasal dari Madrid, Sepanyol. Bermula dengan nama Death Valley sejak penubuhan 2006 sehingga 2009, mereka lantas mengambil keputusan menukar nama kepada Eternal Storm. Tanpa sebarang material rasmi untuk jangkamasa penubuhan yang agak panjang, pada 2013, Eternal Storm menghasilkan From The Ashes (2013) sebelum terlibat bersama beberapa band dalam sebuah split album bertajuk Elemental Nightmares (2014) dibawah label Elemental Nightmare (Sweden). Split album ini hanya dikeluarkan dalam format 10″ vinyl dan digital. 2019 menyaksikan Eternal Storm telah menandatangani kontrak bersama Transcending Obscurity Records (India) untuk penghasilan debut full length bertajuk Come The Tide (2019). Album ini akan berada dipasaran secara rasmi pada 23 August 2019.

Jaime Torres (Guitars), Daniel Maganto (Guitars), Mateo Novati (Drums & Percussion), Kheryon (Bass & Vocals)
Artwork & layout oleh Leoncio Harmr

Tracklist :

1 – Through the Wall of Light Pt.I (The Strand)
2 – Through the Wall of Light Pt.II (Immersion)
3 – Detachment
4 – The Mountain
5 – Of Winter and Treason
6 – Drifters
7 – The Scarlet Lake
8 – Embracing Waves

Come The Tide (2019) melalui proses rakaman dan mixing di Sadman Studio, Madrid oleh Carlos Santos dan dibantu oleh Irene Génova. Proses mastering dilakukan oleh Tony Lindgren di Fascination Street Studios. Eternal Storm bersama Carlos Santos adalah penerbit bersama untuk album ini.

Beberapa rakan musician terlibat dalam sesi rakaman album ini antaranya Javier Fernández (Nexusseis, The Heretic) – Keyboards, synthesizers & programming, Migueloud Ontivero (Wormed) – Additional vocals (The Strand), Christopher Baque-Wildman (Dejadeath, Asgaroth) – Additional vocals (Immersion), Manuel Mendoza (Distryto 13, la Banda Del Soplo) – Saxophone (Immersion),
Ben C. Read (In Dread Response, Bridge Burner, ex-Ulcerate) – Additional vocals (Detachment), Fredrik Huldtgren (Canopy, Kaos Vortex) – Additional vocals (The Scarlet Lake) dan Fiar (Foscor) – Additional vocals (Embracing Waves).

Eternal Storm – Detachment

Pertama kali mendengar track Detachment yang disajikan sebagai preview awal, gua dapat rasakan sesuatu yang menarik berkenaan band ini. Walaupun dengan perisa Melodic Death Metal, puluhan ribu band muncul dengan genre yang sama, namun apa yang dihasilkan Eternal Storm kedengaran agak seimbang dari segi melodi, heavy dan mereka tidak menetapkan sesuatu yang extreme dari segi permainan, tempo mahupun tahap teknikal. Berada ditengah-tengah “keseimbangan” yang dihasilkan ini punya “feel” tersendiri yang sudah lama gua tidak dapat kecapi apabila mendengar album2 dari band aliran sebegini.

Eternal Storm – The Scarlet Lake

Jika ditanya band2 yang mirip kepada music bawaan Eternal Storm, mungkin gua boleh senaraikan antaranya seperti Paradise Lost, Anathema, Katatonia, Opeth, Insomnium dan mungkin ada sedikit feel sipi2 dari Eternal Tears of Sorrow dan seangkatannya.

Teknikal musicnya, Come The Tide (2019) boleh dikatakan album yang banyak bermain emosi dalam penghasilan “feel” yang cukup baek dari gabungan setiap idea, riff, drum stroke, permainan keyboard/synth, melodi vocal dan struktur komposisi lagu. Seperti yang dinyatakan di awal tadi, album ini tidak menitikberatkan sesuatu yang “extreme” dari segala segi sebaliknya lebih kepada “keseimbangan” yang sama rata. hasilnya ianya tidak kedengaran boring, beberapa track yang “segar” dari segi melodi riffing dan mereka bijak menghasilkan sesuatu karya music yang sedap didengar.

Dari segi sound produksi, tidak perlu disangkal kerana ini sebuah produk yang bagus dari segi end product dan tidak rugi untuk memilikinya untuk format fizikal mahupun digital.

Eternal Storm – Come The Tide (2019) dikeluarkan dalam format fizikal dan digital. urusan purchasing untuk format digital boleh dilakukan secara terus dilaman bandcamp. Begitu juga dengan pembelian online untuk fizikal copies yang dikeluarkan dalam beberapa bentuk seperti Limited Boxset CD dan digipak CD. Kenali Eternal Storm melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah.

Eternal Storm
Email
Facebook
Bandcamp
Youtube

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected