Wicher – Czary i Czarty [Full Length, 2021]

0

Wicher merupakan sebuah unit Folk Music dari Poland yang telah mengeluarkan debut album mereka yang berjudul Czary i Czarty (bermaksud Witchcraft and Devils) melalui Godz ov War Productions. Tengok tajuk je dah boleh agak dah direction album ini yang berpaksikan dongeng dan amalan sihir purba

Czary i Czarty menawarkan perisa Folk Music yang ritualistic, occult dan jahat berbanding muzik Folk anda biasa dengar. Dengan atmosphere yang bone-chilling, vokal yang antara beratib dan memuja-muja sampai mulut naik berbuih, ia membawa feel paganistic tendency dan purba seakan dihoskan oleh bomoh di hadapan unggun api besar ditaburi herba dan bahan-bahan pemujaan. Mungkin apa yang saya cakap ni macam over the top, tapi ia adalah paling sesuai untuk menggambarkan overall vibe album ini. Paling terkesan sekali tentulah vokal wanita yang tiba-tiba terlolong-lolong bagaikan dirasuk, disambut dengan teriakan sekumpulan lelaki. Seram tapi syok la dengar.

Album ini memanfaatkan instruments folk dan non-standard seperti mouth harp, seruling, saz, bozouki, mandolin dan pelbaia instrument bertali selain menyelitkan field recordings dan sample. Itu yang rasa macam berada di zaman purba menyaksikan sekumpulan ahli sihir tengah buat ritual. Saya memang menyukai feel sebegini, kena pulak ada throat singing sekali dua buat penampilan, terangkat beb! Gesekan instrument bertali dan paluan gendang melengkapi album yang benar-benar bersifat Folk ini dengan extra edge berperisa ritual. Adakah ini dikira muzik ekstrim? Yes and no. Ya kerana ia menyelongkar topik luar kebiasaan, dan tidak kerana ia tidak harsh seperti kebiasaan material kami ulas. Tapi at the end of the day, peduli apa semua ini asalkan output yang terhasil bebaloi didengar seperti Cazry i Czarty yang masyuk dilayan. 

Czary i Czarty kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Heilung, Wardruna, Byrdi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected