Vous Autres – Sel De Pierre [Full Length, 2020]

0

Once in a while kau akan terjumpa sebuah album yang terus menangkap perhatian kau dari track pertama sehingga track terakhir, dan kau akan ulangi album tersebut sampai telinga kau bingit dengan irama album tersebut. Happy to say album terbaru dari Vous Autres ini betul-betul dalam kelas tersendiri.

Vous Autres ialah sebuah projek post-black metal oleh dua artis anonymous yang menggunakan nama samaran ₣ dan β yang berasal dari France, dan diterbitkan oleh Season Of Mist.  Aku tak tau sangat pasal band ini sebab ini kali pertama aku dengar lagu tapi apa yang aku dengar dari album ini sungguh mengasyikkan dan memberikan aku kepuasan yang selalu aku cari bila mendengar rilisan baru (Sting aku yahoo!). Sel De Pierre ialah sebuah karya Post-Black Metal yang diselang-selikan riff-riff yang dissonant, sekaligus memberi gambaran bahawa aku sedang mendengar Ulcerate, tetapi melalui ramuan dan perisa black metal. Satu kombinasi yang betul-betul menjadi bagi aku.

Yang menariknya, instrumental track mereka, Ecueil, bukanlah track yang berbau black metal atau totally metal, sebaliknya sebuah track darksynth. Satu kombinasi yang sepatutnya gagal tetapi dalam hal ini, ia berkesan sekaligus menunjukkan betapa koheren dan konsistennya songwriting skill band ini. Satu lagi aku perasan album ini pendek compare dengan album lain, tak sampai 40 minit. Ini mungkin minus point bagi sesetengah orang, tapi aku umpamakan ia sebagai prime rib where you trim the fat and keep all the good meat. So album ini pendek tapi tidak ada satu pun track yang rasa seperti filler. Setiap lagu telah digubah dengan kemas.

Rungutan aku terhadap album ini ialah penggunaan drum machine yang terlalu sintetik sehingga sedikit sebanyak mengurangkan rasa syiok aku mendengar album ni. Walaubagaimanapun songwriting album ini sungguh berkesan bagi aku dan ini mungkin akan menjadi AOTY aku tahun ini.

Sel De Pierre kini boleh didapati dalam bentuk CD dan muat turun digital 

FFO: Ulcerate, Ash Borer, Blut Aus Nord, Altar of Plagues

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected