Egregore – Thought Form [Compilation, 2020]

0

Egregore merupakan one man band dari AS yang memainkan Blackened Grindcore. Terbitan terkininya yang berjudul Thought Form merupakan kompilasi daripada pelbagai terbitan lampau mereka sama ada demo, split, atau unreleased tracks, jadi anda boleh menyedari terdapat perbezaan kualiti rakaman dari trek ke trek. Thought Form dikeluarkan oleh Sentient Ruin Laboratories pada 25 September 2020.

Thought Form adalah sonic assault yang tiada belas ihsan sebenarnya. Dengan gitar yang bass heavy dan muddy, ditemani drumming yang grinding memekakkan serta vokal yang fluctuate antara barking dan snarling, ini adalah kompilasi yang terrifying sekalipun bukan jenis menakutkan hantu setan, sebaliknya relentless attack terhadap pendengaran yang mengejutkan. Saya merasakan kebanyakan trek dalam Thought Form mempunyai structure yang loose dan lebih kepada nak bulldoze everything dan semaksima mungkin. Egregore nampaknya menggabungkan gaya Grindcore, Death Metal, dan War Black Metal. Pekat dan berat!

Saya menjangka peminat Noise Grind atau War Metal mungkin berpotensi untuk meminati Thought Form. Saya secara peribadinya merasakan ini adalah soundtrack untuk mereka yang mengalami hari yang chaotic dan terasa nak lepas geram di gym. Kira release yang cathartic la, I think. Bukan untuk saya sebenarnya. Tapi mungkin appealing untuk anda.

FFO: The Berzeker, Bolt Thrower, Carcass, Blasphemy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected