Voraath – Siren Head [Single, 2021]

0

Debut single, Siren Head, daripada projek muzik Epic Death Metal Amerika Syarikat, Voraath ini memang impressive. Selain daripada membariskan line-up yang kental daripada band seperti Nile, Xael dan Rapheumets Well, band ini menghidangkan gabungan mantap antara Death Metal dan elemen non-standard yang membangkitkan minat untuk dengar sampai habis. Paling penting, (dan juga mungkin paling nerdy) single ini berkisar tentang Siren Head, raksasa urban legend yang popular di Internet. Look it up, seriously.

Siren Head adalah essentially Death Metal yang agak technical digaul mesra dengan elemen epic dan symphonic seperti Ex Deo dan Fleshgod Apocalypse selain mempunyai bau-bau Nile dan Septicflesh. Dengan riff-riff guitar yang violently membelasah pendengaran seiring dram yang bagai nak pecah dihentak, Siren Head turut menampilkan female clean vocal di bahagian chorus, yang pada saya mempunyai hook dan melodi yang menarik namun diadun rendah berbanding elemen lain. Sesekali terdengar bass yang melantun cutting through the mix di kala semua instrument menderu laju. Vokal utama pula bagaikan suara yang keluar dari perut neraka; bellowing dan threatening. Cukup sepadan dengan tema Siren Head yang berpaksikan horror dan fear of the unknown.

Voraath adalah projek yang berpotensi dan patut diberikan perhatian untuk tahun 2022. Dengan line-up yang respectable dan tema yang bercampur baur antara cinematic/horror, rasanya ramai boleh masuk mendengar stail macam ni. Masyuk!

Siren Head kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Ex Deo, Fleshgod Apocalypse, Nile, Septicflesh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected