Hammerdrone – A Trinity of Rage [EP, 2021]

0

Unit Death Metal Kanada, Hammerdrone baru saja mengeluarkan EP terkini mereka ‘A Trinity of Rage’ yang dikatakan keluaran paling ambitious mereka setakat ini. A Trinity of Rage menjalin stail Melodic Death Metal, Black Metal, dan Progressive yang menghasilkan end product yang tight dan memorable. Namun, suka saya ingatkan, ia bukan Melodic Death Metal standard yang anda biasa dengar.

A Trinity of Rage menghidangkan 3 trek yang menayang musicianship yang calculative, tight dan on the dot. Saya paling tertarik dengan drumming mereka yang seakan machine gun; membedil dengan stroke dan teknik yang berdinamik dan hammering. Permainan gitar pula agak berani meniti antara Melodic Death Metal yang harsh dan Black Metal yang sinister serta wicked. Ada beberapa parts yang memorable dan speaks so much about their ability. Ini juga turut meliputi solo gitar yang agak maniacal dimainkan. Hey, sekurang-kurangnya bukan template Melodeath biasa saya dengar! EP dilengkapi dengan vokal yang menderam dan menjerit barai, jadi ada variasi di bahagian vokal. Malangnya, bass agak sendu dan sekadar replicate bulat-bulat permainan gitar (atau mungkin saja diletak rendah dalam adunan EP ini). 

Trek kegemaran saya adalah trek kedua iaitu Rage, Besieged yang menelan 10 minit. Obviously ini adalah peluang untuk Hammerdrone berpesta dengan wicked riffs, solo yang berdentum dan banyak lagi. Malah bass pun kedengaran menyinar dalam trek ini, dalam beberapa minit terakhir . Memang saya enjoy! Jemput dengar kalau anda inginkan alternatif kepada Melodic Death Metal yang lari daripada kebiasaan. Inilah jawapannya!

A Trinity of Rage kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Be’Lakor, Carcass, Amon Amarth, Katakalysm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected