Í Myrkri – Bag Skyggernes Slør [Full Length, 2021]

0

Saya suka Black Metal yang menyulam bunyi necro dan atmospheric. Pada saya, ia mendefinisikan Black Metal untuk berbunyi evil dan mengancam. Seperti album penuh ke-4 Í Myrkri yang berjudul Bag Skyggernes Slør, saya tiada masalah untuk menyatakan album ini adalah jahat melalui paduan wall of sound dan elemen atmospheric dimanfaatkan. Í Myrkri berasal dari Denmark dan bermain Black Metal.

Bag Skyggernes Slør adalah album yang panjang, iaitu hampir 55 playtime yang sejujurnya berjuang jugak untuk saya habiskan dengar. Bag Skyggernes Slør menampilkan overall sound yang murky dan sebu terutamanya gitar dengan dram berada belakang dalam mix dengan vokal yang croaking memberi feel yang jahat. Namun dalam mix yang berbalam-balam ni pun, Í Myrkri mempunyai riff-riff yang menarik dan inspiring, but still, tergendala akibat mix yang mendap. Ada beberapa part yang memanfaatkan feel ambient dan atmospheric cukup mantap memberikan feel sayu, isolated dan kematian. Bag Skyggernes Slør mungkin mempunyai bunyi yang mendap, namun anda tak boleh menyangkal ia sebuah terbitan yang garang.

Saya agak terkilan dengan gitar yang tenggelam kerana saya yakin mereka mempunyai riffs yang wicked untuk dipersembahkan memandangkan Í Myrkri mempunyai bau-bau 2nd Wave Black Metal sikit yang memanmpilkan aggression dan melancholy dalam satu. It’s actually a pretty good release. Could have been better dengan mix yang lebih baik. 

Bag Skyggernes Slør kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital, manakala piring hitam akan tiba pada Februari 2022.

FFO: Shining, Paysage d’Hiver, Ildskaer, old Arcturus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected