Venom Prison – Samsara (2019)
Venom Prison adalah sebuah band yang menyatukan genre Hardcore dan Death Metal. Berlokasi di South Wales, United Kingdom, band ini telah wujud sekitar 2014 dan pada 1 January 2015, mereka terus mengeluarkan sebuah demo bertajuk Defy the Tyrant. Demo ini pada asalnya dikeluarkan dalam format digital dan fizikal iaitu cassette sebelum format digipak CD dikeluarkan dibawah label Samstrong Records dua bulan kemudian. Pada September tahun yang sama sebuah EP bertajuk The Primal Chaos telah dikeluarkan. Ianya dijual dalam format 7″ vinyl oleh label Soaked inTorment Records untuk 300 copies sahaja selain ianya dijual secara digital. Full length pertama menyusul pada Oktober 2016 dimana ianya dikeluarkan sepenuhnya dalam pelbagai format oleh Prosthetic Records dan ia diberi judul Animus. Masih berada dibawah label yang sama album kedua bertajuk Samsara (2019) muncul pada 15 March 2019. Ok, sesuatu yang menarik untuk dikongsi ialah Venom Prison ditunjangi oleh vocalist wanita yang mampu melakukan teknik growl dan scream. Hahaha band ini mengingatkan gua kepada Iskra!
Samsara (2019) melalui proses rakaman di Vagrant Recording Studio sekitar March 2018. Tom Dring dipilih sebagai producer untuk album ini. Tom juga merupakan producer untuk debut album pada 2016. Arthur Rizk (juga merupakan producer album paling jahat Cavalera Conspiracy – Psychosis 2017) adalah jurutera bunyi yang bertindak sepenuhnya dalam proses mix dan mastering.
Lebih kurang sebulan sebelum Samsara released, sebuah video klip rasmi bertajuk Uterine Industrialisation telah dijadikan promosi awal untuk album penuh yang bakal release.
Asura’s Realm yang merupakan track ke 6, menjadi promosi seterusnya dimana ianya di upload ke laman youtube sehari sebelum Samsara (2019) released.
Secara keseluruhan Samsara (2019) kedengaran lebih extreme dari album terdahulu dan ia nya adalah karya yang agak padat tanpa banyak meninggalkan ruang kosong dalam segenap music yang dihasilkan. Jika dilihat pengaruh genre yang terkandung didalam album ini, boleh disenaraikan kepelbagaian genre di apply masuk dalam komposisi setiap tracks didalam album ini seperti Hardcore, Death Metal, Black Metal dan Grindcore.
Penyampaian didalam Samsara sebenarnya bersifat kepelbagaian. Kepelbagaian disini tidak setakat gabungan elemen music malah sound produksi juga jika dilihat pada setiap tone instruments yang dihasilkan jelas menampakkan sesuatu yang unik. Contohnya tone rhythm gitar yang cukup berat, mendap dan lembap. Digabung dengan tone bass yang separa distort dan drum yang sedikit organik. Kepelbagian teknik vocal oleh Larissa Stupar ternyata tidak perlu disangkal lagi. Nampak jelas setiap line up melakukan “homework” yang bagus dan teliti sebelum urusan penghasilan album ini dilakukan.
Untuk info terkini ketika artikel ini ditulis, Samsara (2019) dikeluarkan dalam dua format utama iaitu digital yang boleh didapati melalui laman bandcamp mereka dan untuk fizikal copy, ianya terdapat dalam bentuk LP yang released 250 copies sahaja untuk first pressing dan 3000 copies digipak CD. Segala bentuk purchasing boleh dilakukan melalui laman bandcamp atau berhubung terus dengan pihak label Prosthetic Records melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Akhir kata Venom Prison bukan sebarangan band! Mamat2 Punk, Hardcore, Metal, anda patut mencubanya..
Venom Prison
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Instagram
Bandcamp
Prosthetic Records
Email
Official Website
Facebook
Instagram
Twitter
Bandcamp