Succubus – In Awe of Blood (2019)

0

Setelah 8 tahun penubuhan, Succubus tampil dengan sebuah album penuh bertajuk In Awe of Blood (2019). Ini adalah sesuatu yang ditunggu2 oleh penggemar band beraliran Death/Thrash Metal setelah mereka tampil dengan sebuah demo Sadistic Rites of Evil (2012) disusuli sebuah LP dengan tajuk yang sama beserta beberapa bonus track. Descend Unto Gehenna (EP2013) boleh dikira sebagai antara pemangkin kepada Succubus untuk lebih dikenali kerana ianya berada dibawah naungan label Slaughterhouse Records (USA). Pada 2017, Nocturnal (EP2017) yang juga merupakan promo kepada album yang sedang diusahakan telah released dalam format kaset/tape dibawah label tempatan iaitu Gedebe Records. EP ini menampilkan 3 buah track terbaru beserta sebuah cover song dari Fatal serta sebuah live track. EP ini sekali lagi released pada 2018 dibawah Slaughterhouse Records (USA) dalam format CD dan hanya memuatkan 3 buah track original dari Succubus sahaja. Rentetan dari kegilaan track2 terkini dari Nocturno (EP) ternyata membuatkan sesiapa yang memiliki EP ini berasa tidak keruan menanti album sulung Succubus yang telah released dibawah Mamat Records pada 5 January 2019 sempena gig tahunan Mamatfest.

N. Incubus faza (Vocals), Arm Aggressor (Bass), Fifi (Guitars), Zakhyr (Drums)
Artwork oleh Y.V Hiew & N. Incubus Faza
Layout oleh Azrin Moondusk
Tracklist :
1 – In Awe of Blood
2 – Blitzkrieg Attack
3 – Forever Mortals
4 – The Stiff Corpses
5 – Pact With the Devil
6 – Shamanic Nights
7 – Black Death Terror
8 – Lord of Abominations (Exmortis Cover)

Hampir keseluruhan In Awe of Blood (2019) melalui proses rakaman di Studio Artrax, Kajang kecuali track vocal yang dirakam di 3 Quarter Studio. Proses mix dan mastering dipertanggungjawap sepenuhnya kepada Hafifi.

8 track yang terdiri dari sebuah cover song dari Exmortis dan 2 track “pembakar semangat” dari Nocturnal (EP2017) adalah satu produk yang boleh dikira agresif dan laju2 belaka tanpa rentak meleleh2. Blitzkrieg Attack dan Shamanic Nights yang telah diperdendangkan terdahulu sebelum ini dan sungguh “jahat” dan “kejam” untuk genre Death/Thrash Metal ternyata punya penyambungnya dengan 4 lagi track terbaru yang terkandung didalam album ini. Rancak dan 100% sama keras seperti apa yang dihasilkan didalam Nocturnal.

Sepanjang CD ini dimainkan untuk total durasi menghampiri 30 minit ini, selaku pendukung irama keras, groove dan rentak yang mengajak headbang, gua boleh menganggap ini produk yang menepati citarasa gua. Cukup menaikkan semangat dan boleh membahayakan anda ketika memandu jika tahap pemanduan anda terikut dengan tahap kerancakkan track2 didalam album ini. hahahaha.. Semua track sesuai untuk headbang jika dibawa ketika persembahan live.

Dari segi sound produksi, In Awe of Blood (2019) boleh gua anggap sebagai produk terbaek dari Succubus dari segi sound produksi. Pujian patut diberi kepada Succubus kerana berani menghasilkan rakaman yang cukup bersih dan bright walaupun genre2 sebegini majoritinya gua dengar punya sound yang agak kering dari tone gitar (guna kereta kebal oren) dan tone drum yang organik seperti rakaman analog. Tetapi semua itu ditepis 100% oleh Succubus melalui rakaman dan sound produksi akhir In Awe of Blood (2019). Boleh kata tone gitar yang bersih tapi masih kekal soul lewat 80’s dan awal 90’s Death/Thrash Metal. Bass pun mencanak mengikut rentak dan chord2 gitar dan drum paling kental dengan semangat 80’s/90’s. Bab vocal, gua macam nak tanya si Faza kerongkong dia tuning chord apa? hahahaha… Setan abissss!

Ok, In Awe of Blood (2019) rasanya antara produk yang rancak penjualannya. Sila hubungi mamat Records atau Succubus sendiri untuk bertanya berkenaan pembelian anda atau sila rajin2 gugel mana tau ada label2 terdekat atau kenalan anda yang tolong distro kan CD ini. Akhir kata sila dapatkan In Awe of Blood (2019). Ini album wajib ada dalam koleksi khazanah anda terutama geng2 maniac yang berjiwa old skool!!!

Succubus
Email
Facebook
Bandcamp

Mamat Records
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected