Equipoise – Demiurgus (2019)

0

Equipoise adalah sebuah band yang membawa aliran Progressive/Technical Death Metal. Berpengkalan di Pittsburgh, Pennsylvania USA, line up yang menganggotai band ini ternyata bukan calang-calang kerana pengalaman bersama beberapa band hebat seperti The Faceless, Beyond Creation, Abigail Williams, Hate Eternal dan banyak lagi. Nick Padovani boleh dikira sebagai teraju utama sejak band ini ditubuhkan selain beliau merupakan penulis utama lagu2 Equipoise. Walaupon baru ditubuhkan sekitar 2015 dengan penghasilan material pertama iaitu Birthing Homunculi (EP2016), ia melonjak nama Equipoise dan usaha mereka telah dihidu label The Artisan Era (USA) untuk penghasilan full length pertama berjudul Demiurgus (2019) yang secara rasminya release pada 8 March 2019.

Jimmy Pitts (Keyboards), Chason Westmoreland (Drums), Nick Padovani (Guitar, Nylon Guitar), Stevie Boiser (Vocals), Sanjay Kumar (Guitar), Hugo Doyon-Karout (Fretless Bass), Phil Tougas (Guitar, Nylon Guitar)

Artwork oleh Justin Si-Set Abraham

Tracklist :

1 – Illborn Augury (Instrumental)
2 – Sovereign Sacrifices
3 – Alchemic Web of Deceit
4 – A Suit of My Flesh feat. Julien Nutz Deyres (Gorod)
5 – Shrouded (Instrumental)
6 – Sigil Insidious
7 – Reincarnated (Instrumental)
8 – Dualis Flamel
9 – Eve of the Promised Day (Instrumental)
10 – Waking Divinity
11 – Ecliptic (Instrumental)
12 – Squall of Souls
13 – Cast into Exile
14 – Ouroboric

Proses rakaman Demiurgus (2019) diselenggara oleh Hugues Deslauriers yang bertindak sepenuhnya sebagai sound engineer. Mike Low bertindak sebagai juruadun manakala Zak Denham bertanggung jawap untuk proses mastering. Demiurgus diterbitkan oleh Nick Padovani, Phil Tougas, Mike Low dan Equipoise.

Seperkara menarik berkenaan album ini adalah terdapat ramai dikalangan rakan2 musician yang terlibat seperti Julien “Nutz” Deyres (Gorod) sebagai vocalist undangan untuk track bertajuk “A Suit Of My Flesh”. Christian Muenzner (Alkaloid) turut menyumbangkan solo gitar untuk track “Sigil Insidious”. Untuk track ke 8 iaitu “Dualis Flamel” dua pemuzik handalan iaitu Malcolm Pugh (Inferi) dan Colin Butler (Virulent Depravity) berganding bahu untuk penghasilan solo gitar masing2. Colin Butler sekali lagi menyumbangkan solo untuk instruments bertajuk “Eve Of The Promised Day”. Lebih unik elemen instrument Erhu dan Saw turut dimasukkan untuk track “Ecliptic” dan dimainkan oleh Nate Miller. Untuk track ini juga seorang pemain biola dijemput iaitu Ryan Cho. Tyler Cox (Wrack) turut menyumbang solo gitar untuk track ke 13 iaitu “Cast Into Exile”. Dan track terakhir iaitu “Ouroboric” menampilkan 3 gitarist iaitu Denis Shvarts (Bestial Invasion/Dark Matter Secret/Denis Shvarts), Jack Fliegler (Sargon/Singularity) dan Zach Hohn yang merupakan bekas gitarist Equipoise sendiri.

Walking Divinity (Official Lyrics Video)

Untuk pengetahuan 5 daripada 13 tracks terkandung didalam album ini adalah rakaman semula dari EP 2016. Walking Divinity dan Alchemic Web of Deceit merupakan antara track awal yang dijadikan promosi awal sebelum Demiurgus release. Preview awal dalam format lyric music video ini ternyata sangat memberangsangkan.

Alchemic Web of Deceit (Official Lyrics Video)

Ok, bercakap mengenai Demiurgus (2019), pada gua ini merupakan antara santapan wajib untuk pendengar/peminat music berteknikal tinggi untuk 2019. Band yang berpaksi kepada 3 gitarist yang mampu menghasilkan riffing merbahaya dan untuk solo gitar tidak perlu dipertikaikan lagi.. Nick Padovani, Sanjay Kumar dan Phil Tougassememangnya shredder belaka! Kegilaan diteruskan dengan bassist muda berbakat iaitu Hugo Doyon-Karout yang kini bersama Beyond Creation. Permainan bass beliau perlu diberi perhatian dimana beliau seakan bergerak sendirian didalam setiap track dengan jalan ceritanya sendiri. Tone bass beliau juga sangat menakjubkan. Jimmy Pitts diposisi keyboardist tak perlu lagi dipertikaikan. Pemuzik berpengalaman yang pernah terlibat untuk beberapa band seperti Pitts Minnemann Project, Eternity’s End, Spastic Ink dan beberapa projek solo rakan2 artis lain. Untuk part drum oleh Chason Westmoreland sememangnya beliau berada dilandasan music yang sama dan extreme. Abigail Williams, Hate Eternal adalah antara band yang pernah menggunakan keringat beliau.

Demiurgus (2019) dikeluarkan dalam 2 format fizikal iaitu jewel case CD dan LP. Untuk format digital boleh diperolehi di beberapa laman seperti Spotify, Deezer dan Bandcamp. Penggemar music Metal berteknik tinggi adalah disarankan untuk memiliki album ini. Segala urusan purchasing boleh dilakukan dengan menghubungi pihak label atau melalui laman2 sesawang yang kami sediakan dibawah.

Equipoise
Email
Facebook
Bandcamp

The Artisan Era
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Twitter
Instagram
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected