Kebes – Pagan Souls (EP2017)

0

Kebes adalah antara pendukung genre Black Metal yang bermastautin di Kuching Sarawak. Lebih kepada sub-genre Old Skool Black Metal, Kebes yang wujud sekitar 2010 telah menghasilkan sebuah material berjudul Pagan Souls (EP2017) dimana ianya dikeluarkan dalam format CD oleh Power Devolution Productions dan pada 2018, ianya dikeluarkan semula dalam format kaset/tape oleh Hutan Mati Records. EP ini kemudiannya dikeluarkan sekali lagi dalam format split CD bersama Evil Throne dari Sandakan Sabah oleh Goatlordth Records dengan nama Summoning the Demise of Guardian Angel: Vomit Abhorrence (2018).

Bent “Paganist” (Guitar / Vocalist), Pat “Urthrod” (Guitar), Aden “Zegothan” (Vocalist), Mac “Irgath” (Drum)
Tracklist :
1 – Pagan Souls
2 – Mati
3 – Worship 666
4 – Town of Darkness

Untuk sebuah produk bergenre Old Skool Black Metal tidak banyak infomasi diletakkan didalam cover sleeve. Sekadar gambar dan tracklist tanpa dinyatakan hal ehwal teknikal rakaman.

Pagan Souls (2017) adalah satu produk yang agak amatur mutu rakamannya namun untuk genre Black Metal sebegini, kita tidak perlu pertikai sangat mengapa mutu rakaman sebegini dipilih oleh Kebes. Ini jelas untuk mengekalkan souls dan feel music Black Metal bawaan mereka. Untuk lebih teliti, pagan Souls (2017) adalah produk yang jauh lebih bagus dari segi sound kualiti jika dibandingkan dengan demo2 tape yang lahir pada zaman 90an dahulu.

Ok, seperkara yang perlu gua jelaskan, walaupun Pagan Souls (2017) adalah produk yang agak lama released, entry ini sengaja ditulis untuk memberi pengenalan berkenaan Kebes yang akan melakukan beberapa ritual dipentas tempatan termasuk sebagai opening band untuk Varathron – Patriarchs of Evil Tour 2019 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang akan berlangsung pada April 2019.

Gua tak pasti first pressing CD oleh Power Devolution Productions masih boleh didapati atau tidak, dan untuk format kaset/tape telah sold out dari Hutan Mati Records. Namun begitu anda masih boleh mendapatkan material dari Pagan Souls ini melalui split digipak CD dari Goatlordth Records.

Kebes
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected