Skullsmasher – Rocket Hammer Brain Surgery (2019)

0

Skullsmasher adalah antara unit terkini Grindcore dari Los Angeles/San Jose, California. Ditubuhkan sekitar 2018, Skullsmasher telah menghasilkan sebuah demo bertajuk “Cranial Emulsification” pada May 2018 dimana ianya dikeluarkan dalam format limited edition (100 unit) kaset/tape oleh Night Rhythms Recordings (USA) dan juga digital melalui bandcamp. Penghujung 2018, Skullsmasher sekali lagi mengeluarkan material iaitu “Promo 2018” dimana ianya hanya dikeluarkan secara digital sebelum Nameless Grave Records (USA) mengeluarkan hanya 25 copies kaset/tape pada awal 2019. Terkini pada 29 March 2019 Skullsmasher telah menghasilkan full length pertama bertajuk “Rocket Hammer Brain Surgery (2019)” dibawah Selfmadegod Records (Poland) dimana ianya dikeluarkan dalam format CD dan limited 100 copies kaset/tape serta turut boleh diperolehi secara digital.

BW (Vox, Guitar), Andrew Lee (Vox, Guitar),
Gu Ji (Drums) * dalam bahasa cina bermaksud “drum machine”
Artwork oleh Lucas Korte
Tracklist :
1 – Negative Pressure Pulverization
2 – Mandatory Nuclear Suicide
3 – Parasitic Apathy
4 – Nasogastric Gavage
5 – Aggressive Vehicular Intimidation
6 – Involuntary Dependence
7 – High Altitude Saturation Bombing
8 – Neural Infestation
9 – Shokujinki
10 – Bonehammer
11 – Black Sky
12 – Festering Boils (Repulsion cover)
13 – Rocket Hammer Brain Surgery
14 – Ceaseless Need for Violence
15 – Mobile Armor
16 – Strange Loops

16 buah tracks untuk 15 minit bedilan tanpa belas kasihan!!! Ini satu kemestian kepada pendengar dan peminat Grindcore. Pengaruh kuat era awal Napalm Death, Brutal Truth, Unseen Terror, Terrorizer, Repulsion, Impetigo, Insect Warfare, Assuck adalah antara beberapa nama hebat yang dapat gua hidu dari album ini.

Dari segi sound produksi, Rocket Hammer Brain Surgery (2019) bukanlah produk yang punya sound yang bright dan bersih namun apa yang boleh didengar adalah satu kesesuaian kepada music Grindcore itu sendiri. Tidak perlu permainan bersih untuk konsep yang dikehendaki Skullsmasher. Homework yang bagus dari Skullsmasher sendiri sepanjang proses rakaman dan mixing sebelum penyudahan mastering dilakukan di Audiosiege oleh Brad Boatright yang pernah terlibat dalam hasil rakaman band2 seperti Weekend Nachos, Nails, Magrudergrind, Wake, Tragedy dan lain2.

Rocket Hammer Brain Surgery (2019) boleh diperolehi dengan berurusan secara terus dengan Selfmadegod Records (Poland) untuk format CD dan limited 100 copies kaset/tape. Juga boleh diperolehi untuk format digital melalui laman bandcamp label atau band sendiri. Kenali Skullsmasher dan nilai sendiri keupayaan mereka dalam kancah Grindcore terkini! In Grind We Trust!!!

Skullsmasher
Email
Facebook
Bandcamp

Selfmadegod Records
Email
Official Website
Facebook
Youtube
Bandcamp
Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected