Killer Of Gods – Alliance Of The Damnes Fortress (2019)

1

Sejak akhir2 ni kerap plak telinga gua kena hadap benda2 berteknikal tinggi. Dari Equipoise, Inferi (mungkin gua akan review album terbaru diorang) dan terkini Killer Of Gods. Band ini gua kasi highlight sikit sebab mereka antara band SEA yang patut diberi perhatian. Berlokasi di Semarang, Jawa Tengah Indonesia, band yang berpaksikan irama Technical Death Metal ini kelihatan gagah dengan karya2 mereka yang mampu membuka mata pendengar dari seluruh dunia. Wujud sekitar 2011 dan menghasilkan 2 buah demo dan 2 full length pada 2013 dan 2016, terkini dibawah label Extreme Souls Production (Indonesia), pada 22 February 2019 Killer Of Gods tampil dengan sebuah album terkini bertajuk Alliance Of The Damnes Fortress (2019).

Artwork oleh Ardha Lepa
Tracklist :
1 – Glorious Hypocrite
2 – Alliance Of The Damned Fortress
3 – Cold Blooded Messiah
4 – And The Fortress Will Crumble
5 – A War To End All Wars
6 – Di Atas Bendera Tuhan
7 – Hingga Api Terakhir Padam
8 – Semesta
9 – Akhir

Terlebih dahulu, perlu dinyatakan perubahan line up yang agak kerap tidak mengganggu urusan penghasilan karya Killer Of Gods. Formasi terkini Killer Of Gods adalah Afrizal (Vocal), Ferdyscum (Guitar), Dimas (Bass) dan Yusuf (Drum).

9 tracks untuk total durasi melebihi 41 minit dengan permainan berteknikal tinggi dari Killer Of Gods ternyata membuktikan mereka bukan sebarangan band. Kekuatan band ini barangkali datang dari riffing2 merbahaya dimana dapat dilihat penggunaan 8 strings guitar oleh pemain gitar yang mengundur diri setelah album ini disiapkan iaitu Pradipto. Susunan komposisi yang komplikated ternyata membuatkan Alliance Of The Damnes Fortress (2019) patut diangkat sebagai antara karya yang patut diberi perhatian untuk hasil keluaran dari Indonesia pada suku pertama 2019 ini.

Dari segi sound produksi, hasil akhir genre sebegini memang tiada masalah untuk dipertikaikan. Indonesia ternyata mahir dalam penghasilan mutu akhir bunyi untuk genre berpaksikan Death Metal.

Menamakan Necrophagist, Archspire, Obscura, The Faceless, Hour Of Penance sebagai antara pengaruh utama penghasilan music2 mereka, sememangnya perlu gua ulangi berkali2 Alliance Of The Damnes Fortress (2019) bukan sebarangan album dan ianya patut diangkat tinggi untuk genre sebegini. Penggemar dan pemuzik harus memiliki dan mengenali Killer Of Gods kerana mereka adalah antara muka2 baru yang berbakat besar di Indonesia. Memegang reputasi opening band Immolation ketika tour SEA membuktikan Killer Of Gods adalah monster terbaru yang harus diberi perhatian!

Sila berhubung dengan Extreme Souls Production untuk urusan pembelian dimana setakat entry ini ditulis hanya format jewel case CD sahaja dikeluarkan. Support mereka untuk mereka pergi lebih jauh!

Killer Of Gods
Email
Facebook
Twitter

Extreme Souls Production
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Instagram
Bandcamp

1 thought on “Killer Of Gods – Alliance Of The Damnes Fortress (2019)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected