Chalice of Suffering – Lost Eternally (2019)

0

Chalice of Suffering merupakan pendukung irama Funeral Doom Metal. Berasal dari Minneapolis, Minnesota (USA), mereka muncul sekitar 2015 dan menghasilkan sebuah full length bertajuk For You I Die pada tahun 2016 di bawah GS Production, Russia. Terkini selepas 3 tahun Chalice of Suffering bakal menghasilkan album penuh kedua bertajuk Lost Eternally dibawah Transcending Obscurity Records dan dinyatakan tarikh release adalah pada 19 April 2019.

John McGovern (Vocals)
Aaron Lanik (Drums)
Neal Pruett (Bass)
Will Maravelas (Guitars/Keyboards)
Nikoley Velev (Guitars/Keys/Drums – on The Hurt, Lost Eternally, Emancipation of Pain
Kevin Murphy (Bagpipes) – on In the Mist of Once Was
Artwork oleh Ohrwurm
Tracklist :
1 – In the Mist of Once Was
2 – Emancipation of Pain feat. Danny Woe (Woebegone Obscured)
3 – Forever Winter
4 – Lost Eternally feat. Giovanni Antonio Vigliotti (Somnent)
5 – The Hurt feat. Justin Buller (Wolvenguard / In Oblivion)
6 – Miss Me, But Let Me Go feat. Demonstealer (Demonic Resurrection)
7 – Whispers of Madness

Dengan total durasi melebihi 1 jam, adalah menjadi satu cabaran untuk mendengar material terbaru Chalice of Suffering. Rata-rata track dari 6 minit sehingga melebihi 10 minit untuk setiap track membuktikan irama bertempo perlahan ini memerlukan penelitian yang kental dari segi permainan setiap instrument yang dimainkan. Lost Eternally (2019) pada gua bakal menjadi antara release bergenre tempo perlahan yang menyengat. Setiap track kedengaran begitu suram mood nya. Tiada kerancakkan seperti apa yang dimainkan raja Doom Metal iaitu Cathedral. Sesuai dengan tema music bersifat “funeral”, Chalice of Suffering cukup sabar dalam penghasilan setiap karya mereka kali ini.

Sesuatu yang menarik adalah beberapa guest vocal dijemput untuk menyumbangkan suara untuk beberapa buah track dan ianya cukup “menjadi” dengan paduan suara serta mood track yang dihasilkan. Walaupun agak meleret, namun ianya masih sedap didengar.

Dari segi sound produksi, Lost Eternally ternyata sebuah hasil yang bersih dari segi mutu rakaman dan sound akhir nya. Kredit kepada sound engineer terlibat yang pasti cukup tercabar dalam setiap kerja tangan serta telinga yang memerlukan pendengaran yang teliti dalam kerja2 editing audio genre sebegini.

Lost Eternally (2019) didatangkan didalam dua format CD iaitu digipak dan boxset CD yang mengandungi beberapa item didalamnya. Sila berhubung secara terus dengan Transcending Obscurity Records untuk urusan purchasing anda melalui link2 yang disediakan dibawah.

Chalice of Suffering
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected