Suldusk – Lunar Falls (2019)
Jika sebelum ini, Mykur menjadi antara highlight dalam dunia Black Metal yang diterajui oleh mastermind seorang wanita, kini satu lagi entiti yang menjadi sebutan adalah Suldusk. Suldusk diterajui oleh Emily Highfield dan dibantu oleh rakan2 untuk sesi rakaman dan persembahan live. Menggabungkan beberapa elemen seperti akustik Dark/ Neo-folk, Post Rock dan Atmospheric Black Metal membuatkan konsep bawaan Suldusk kedengaran unik dan menarik. Terdahulu pada penghujung 2017, bersama Skyggefigurrer (sebuah band Atmospheric Black Metal dari Detroit, Michigan USA), Emily Highfield telah melahirkan sebuah EP dengan 3 buah tracks yang lebih kepada akustik bertajuk “To A Vestige of Purest Light”. Usaha memenuhi undangan gig dan show, keupayaan Suldusk dihidu oleh label antarabangsa Northern Silence Productions (Germany) dan pada tanggal 12 April 2019, debut full length bertajuk Lunar Falls (2019) akan berada di pasaran.
Photography oleh Narikka
Tracklist :
1 – Eleos
2 – Solus Ipse
3 – The Elm
4 – Aphasia
5 – Three Rivers
6 – Autumnal Resolve
7 – Catacombs
8 – Nazaré
9 – Drogue
10 – Sovran Shrines
Lunar Falls (2019) melalui proses rakaman dimana ianya dibantu oleh Mark Kelson yang juga antara individu yang bersama Emily Highfield membentuk konsep music Suldusk. Mark Kelson merupakan salah seorang line up didalam band Gothic Metal “The Eternal”. Proses rakaman dan mixing diselenggara oleh Mark Kelson dengan bantuan Jesse Oberin di Kelsonic Studio. Proses mastering disudahkan oleh Joseph Carra di Crystal Mastering.
Secara teknikalnya Lunar Falls (2019) adalah gabungan diantara elemen akustik, atmospheric, sedikit folk dan Black Metal. Gaya penyampaian vocal Emily Highfield yang lunak untuk clean vocal serta kemampuan untuk scream adalah antara sesuatu yang unik walaupun sudah banyak band2 yang membariskan female vocalist yang mampu growl dan scream. Lunar Falls sebenarnya boleh di “layan” oleh semua peringkat umur kerana lagu2 nya adalah 90% lunak dan tidak “merbahaya”. Sekali imbas ianya lebih kepada akustik yang punya feel atmospheric secara dominasinya. Kadangkala ia seakan terapi untuk mencari ketenangan.
Sesuatu yang menarik, Lunar Falls (2019) adalah album yang diadaptasi dan didedikasikan daripada Aleah (Trees of Eternity – RIP) dan Juha Raivio dan track berjudul “The Elm” adalah adaptasi dari track “Sinking Ships” dari Trees of Eternity. Kawalan suara yang baek dari Emily Highfield adakalanya seakan cuba menyelami apa yang dilakukan Aleah untuk satu2 nya album Hour of the Nightingale (2016).
Suldusk – Lunar Falls (2019) yang akan secara rasminya berada dipasaran akan dikeluarkan dalam format digipak CD (setakat artikel ini ditulis hanya tinggal 113 copies dari 1000 copies first pressing hanya dari pre-order) dan vinyl (white/black marble) beserta poster A2. Jika dilihat pada jualan pre-order untuk CD ini, nampak ianya adalah satu fenomena baru dalam arena Metal antarabangsa yang berpaksikan frontwomen. Ok, sila berhubung secara terus dengan Northern Silence Productions untuk fizikal copy anda atau boleh juga diperolehi melalui format digital dilaman bandcamp mereka.
Suldusk
Email
Facebook
Instagram
Bandcamp
Northern Silence Productions
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Youtube