Psycho Sickness – A Nightmare Continues
Psycho Sickness adalah antara nama yang harus ada dalam kamus Dbeat/Thrashcore/Punk tanahair. Mereka adalah antara band2 saingan kepada Acid Rain, Lunatic Chaos dan lain2 yang memeriahkan industry music Punk untuk negari2 utara. A Nightmare Continues adalah material yang boleh dikira sebagai kompilasi terbaek dari mereka sepanjang kewujudan sejak tahun 2000. Ianya dikeluarkan oleh Blast Punx Records dari Kuala Lumpur. Ketika kompilasi ini dikeluarkan, Psycho Sickness dianggotai oleh Sidd Discore (Vocals), Dean (Bass/Vocals), A-Mie (Guitars), Syed (Guitars) dan Dodie (Drums). Psycho Sickness “bertapa” pada 2004 dan tampil kembali dengan line up original pada 2015. Melalui laman facebook mereka, Psycho Sickness adalah terdiri dari Sidd Hellstorm (Vocals), Alif (Guitars), Haris (Bass) dan Bom (Drummer). Terkini dinyatakan line up Psycho Sickness adalah berpengkalan di Thailand/Kuala Lumpur.
Secara teknikalnya A Nightmare Continues adalah gabungan lagu2 dari releases terdahulu seperti Split bersama I Object (USA) untuk track 1 sehingga 7, split bersama Humiliated Grape (Kedah) yntuk track 8 sehingga 12, Live track untuk track ke 13 di Ginza Pub & Lounge, Melaka dan track 14 yang diambil dari persembahan live di Actor Studio Greenhall, Penang. Track 15 sehingga 19 gua jangkakan adalah rakaman khas untuk kompilasi ini (beserta cover song dari Discharge).
Jika ingin diperkatakan tentang music bawaan Psycho Sickness, pada gua ianya lebih “Chaos”, rancak dan cukup bertenaga. Music mereka juga lebih straight forward, keras, jahat dan hamper menjerumus kea rah Hardcore Metal. Jika anda pendengar Sepultura dan meminati lagu2 pendek mereka seperti Biotech Is Godzilla, Dictatorshit, Policia, Wasted Away (Nailbomb) anda pasti dapat menghidu jenama2 music sebegini didalam lagu2 Psycho Sickness. Tidak menghairankan jika nama2 seperti Discharge, Disclose, Disgust, Disorder, Anti Cimex, Driller Killer malah Motorhead turut disenarai sebagai influences dalam penulisan lagu2 mereka.
Ok, dari segi sound produksi, ianya adlah rakaman amatur dan berbeza2 tahap bunyi kerana beberapa bahagian tracks adalah diambil dari material2 tertentu. Mungkin track2 untuk rakaman split bersama I Object adalah rakaman yang paling mempunyai kualiti terbaek didalam kompilasi ini.
Sebagai penutup, gua rasa CD ini sudah tidak dapat dibeli kecuali anda adalah seorang “maniac hunter” yang sanggup memburu keberadaan CD2 yang benar2 anda inginkan. Untuk perkembangan terkini, sila ke laman FB Psycho Sickness melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Sama2 juga kita harapkan semoga Psycho Sickness akan menghadiahkan buah tangan terbaru sejak kembalinya mereka dari pertapaan selama 11 tahun..