V – Sumpah Pendekar (2018)

0

Sumpah Pendekar (2018) adalah debut album dari V, yang mana kepada yang mengetahui kewujudan band ini, album ini adalah antara produk paling lama tersimpan sebelum ianya release. Difahamkan proses rakaman asal telah dilakukan kira-kira 10 tahun lepas. Melalui beberapa fasa rakaman, mix dan berakhir dengan mastering oleh tenaga2 hebat dalam industri music tanahair. Berpengkalan di Melaka, V adalah band yang menjunjung panji Heavy Metal yang menjurus kepada aliran Speed Metal. Penggemar Helloween, Gamma Ray, Hammerfall adalah disarankan mencuba resepi music V.

Joe (Guitars), Redone (Vocals), Earth (Drums), Dauz (Bass), Zakie (Guitars)
Artwork design oleh Verby Zanadha & Awang Purba
Tracklist :
1 – Intro
2 – Khalifah Alpa
3 – Janji Khalifah
4 – Sumpah Pendekar
5 – Kehancuran
6 – Pemergian
7 – Maruah Bangsa
8 – Rintihan Kota Jihad
9 – Makam Mulia
10 – Painkiller (Judas Priest cover)

Sumpah Pendekar (2018) melalui proses rakaman di beberapa buah studio seperti Andy Studio, Stallin Studio dan Sahabat Studio. Proses adunan dilakukan oleh Rahmad Kamikaze di RK39 Mixing Lab manakala proses mastering dilakukan oleh Steve Corrao di Sage Audio Mastering USA.

10 track (termasuk intro dan sebuah lagu saduran) boleh dikira satu permulaan yang cukup bagus untuk sebuah debut yang cukup perfect untuk sebuah band yang telah wujud melebihi 1 dekad. Dengan penjagaan rapi dari segi sound produksi, Sumpah Pendekar boleh dikira sebuah produk wajib kepada penggemar Speed/Heavy Metal tempatan amnya.

Sekali imbas gua boleh kata kumpulan V dan album sulung Sumpah Pendekar ini seakan band 80-90an yang membawa panji Rock & Heavy Metal tetapi meredah sempadan dan rukun lagu2 heavy zaman tersebut. Andaikan band2 heavy dahulu bermain live dengan single bass drum, tetapi V menggunakan setiap inci kekosongan dengan hentakan drum untuk menutup ruang2 tersebut. Jiwa Rock tetap kental dalam lagu2 ciptaan V namun riffing dan stroke drum menjadikan ia bertukar menjadi Speed Metal ala Helloween atau Gamma Ray barangkali. Ehh tu lagu Judas Priest tajuk Painkiller memang menguji keimanan bila mendengarnya.. Memang all out gila!! Power!

Sumpah Pendekar (2018) boleh diperolehi melalui 2 format iaitu fizikal dan digital. Untuk format fizikal ianya dikeluarkan dalam bentuk jewel case CD dan boleh dibeli dengan harga RM30/unit by hand. Sila hubungi V atau Karisma Productions untuk pembelian secara postage. Manakala untuk format digital ianya boleh didapati melalui beberapa laman seperti Spotify, Deezer, i-tunes dan banyak lagi (sila ke laman web rasmi V untuk lebih detail). Sebagai penutup anda boleh cuba dengar lagu2 dari album Sumpah Pendekar melalui sharing laman Deezer dibawah. This is Heavy/Speed Metal!!!

V
Email
Official Website
Facebook
Youtube
Instagram

Karisma Productions
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected