Speed Freaks – Malaysian Thrash Metal Compilation (2019)

0

19 track yang tiada lain selain Thrash Metal semata2. Ini adalah antara keluaran terbaek dari Legion Music untuk 2019 walaupun ianya sekadar sebuah kompilasi dari lagu2 terbaek dari release band2 terlibat. Pun begitu penyertaan Athotorgh dengan Necromass Abandon yang merupakan rakaman rasmi khas untuk kompilasi ini merupakan antara buah tangan istimewa dari antara veteren metal scene tanahair. Speed Freaks – Malaysian Thrash Metal Compilation (2019) adalah khas untuk anda yang bergelar mat thrash khususnya. Hahaha..

Speed Freaks – Malaysian Thrash Metal Compilation (2019)

Tracklist :

1 – Exothermix – Exothermix Reaction
2 – Exothermix – Chromatic Kill
3 – Verminator – Death Population
4 – Verminator – Sadistic Souls
5 – Hereafter – Command Centre
6 – Hereafter – The Signs Of The End
7 – Central Disposal – Toxic Death
8 – Central Disposal – Death Row
9 – Sarjan Hassan – Death Not Means The End
10 – Sarjan Hassan – Thrash For All
11 – Atomicdeath – Warfare In The Night
12 – Atomicdeath – Hell Reign On Earth
13 – Thrashit – Thrashing and Slaughter
14 – Thrashit – 666 Days In Hell
15 – Tormentor – Kelibat Bangsat
16 – Tormentor – Hybrid Children
17 – Antacid – No Turning Back
18 – Antacid – Nuclear Inversion
19 – Athotorgh – Necromass Abandon

Kompilasi paling Thrash tanahair ini dimulakan dengan band dari Petaling Jaya, Selangor iaitu Exothermix. 2018 adalah tahun yang boleh dikira berjaya kepada Exothermix kerana rata2 pendengar terhibur dengan full length Reaction. Exothermix Reaction dan Chromatic Kill sangat sesuai untuk dijadikan track “pembuka selera” untuk kompilasi ini.

Exothermix
Exothermix Reaction & Chromatic Kill

Dari pantai timur Terengganu, Verminator menghangatkan lagi bahang dengan Death Population dan Sadistic Souls. Kedua2 track diambil dari debut full length bertajuk Fatal Devastation (2017). Sodom/Sepultura (old) & Kreator antara pengaruh utama Verminator.

Verminator
Death Population & Sadistic Souls

Hereafter yang berasal dari utara dan menetap di Kuala Lumpur menyertakan 2 buah track dari album rasmi ke3 bertajuk Insignia (2017). Susah nak lari dari Sodom/Kreator tapi yang best nya pengaruh Megadeth bleh dengar dalam lagu2 Hereafter.

Hereafter
Command Centre & The Signs Of The End

Central Disposal adalah band dari Selangor atau lebih tepat dari gugusan Lembah Klang. Dua track diambil dari full length Chunkie (2014) dengan pengaruh Bay Area Thrash Metal. Ok, sila ikuti perkembangan terkini mereka. Rasanya macam rakaman album kedua sedang berjalan ketika ini.

Central Disposal
Toxic Death & Death Row

Antara band Crossover terbaek pada gua setakat ini. Punya pengikut dikalangan mamat2 thrasher dan punk! Juga rasanya Sarjan Hassan dalam proses rakaman album sulung. Penggemar Municipal Waste, anda wajib cuba kenal Sarjan Hassan.

Sarjan Hassan
Death Not Means The End & Thrash For All

Atomicdeath dari bandaraya anggerik Shah Alam. Punya pengalaman tour eropah, menghasilkan demo, EP dan split dan dijangka full length akan menyusul tahun ini dibawah label “serius dan tengah menjadi” iaitu Legion Music.

Atomicdeath
Warfare In The Night & Hell Reign On Earth

Thrashit juga band yang punya nama diluar negara. Menjayakan tour eropah dan menyertai festival music metal besar seperti Taunus Metal Festival 2018. Kaiser of Evil (2016) dikeluarkan oleh Witches Brew (Germany) masih boleh didapati dalam pelbagai format.

Thrashit
Thrashing and Slaughter & 666 Days In Hell

Tormentor boleh dikira antara adik bongsu untuk kompilasi ini kerana rata2 mereka kemungkinan baru menjangkau usia awal 20an. Namun band dari Tenom, Sabah ini perlu diberi perhatian. Dua buah track Kelibat Bangsat dan Hybrid Children antara track terkandung didalam EP bertajuk Blasting Torment (EP2017) yang hanya dikeluarkan dalam format kaset oleh Hellforce Records.

Tormentor
Kelibat Bangsat & Hybrid Children

Antacid nama yang tidak lengkap jika anda sembang pasal Thrash Metal tanahair jika tidak menyebut nama mereka. Kekal dengan Old Skool Thrash Metal, Antacid telah muncul dengan beberapa material dan gua ada membaca Rex (guitarist) pernah memberitahu mereka sudah punya material yang cukup untuk sebuah full length. Dua buah track No Turning Back dan Nuclear Invasion diambil dari EP Force of Thunder (2017) yang dikeluarkan oleh Virus Records.

Antacid
No Turning Back & Nuclear Inversion

Necromass Abandon adalah buah tangan terbaru dari veteren Thrash Metal Ipoh iaitu Athotorgh. Tanpa Rafi Promaster yang tidak dapat menyertai sesi rakaman ini, Gie dan line up lain berusaha menyiapkan rakaman ini khas untuk kompilasi thrash maniac ini. Gua harap Athotorgh akan tampil juga dengan full length selepas ini.

Athotorgh
Necromass Abandon
Ok, panjang lebar jugak gua tulis. Ini kompilasi paling Thrash setakat ini dan ia pasti menarik jika disusuli dengan volume II dan seterusnya. Nama2 lain yang tidak termasuk untuk kompilasi pertama ini seperti Argonist, Kreacion, Vault, Lobotomy dan lain2 pasti bakal menyusul jika kompilasi thrash maniac ini punya susulan.

Ok, maniac2 yang mengaku mat thrash yang membaca review ini sila leburkan sen anda sebanyak RM30 untuk sekeping CD dengan total 19 buah track yang tiada konsep lain selain Thrash semata2. Tunggu apa lagi??? Hubungi Legion Music untuk copy anda melalui email dan link yang disediakan dibawah. Thrash for All kata Sarjan Hassan!!!

Legion Music
Email
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected