Plaguebringer – Diabolos (2019)

0

Plaguebringer adalah antara band baru yang patut diberi perhatian. Ditubuhkan sekitar 2013 dan bermastautin di Calgary, Alberta Canada, mereka telah menghasilkan dua buah EP iaitu Hallowed (2014) dan Three Kings (2017). Bermula dengan genre Deathcore, music mereka berkembang sesuai dengan peredaran semasa dan terkini mereka kembali dengan sebuah album penuh dengan konsep Technical Death Metal. Telah berada dipasaran pada 16 February 2019, dalam kuantiti limited edition, Diabolos (2019) yang memuatkan 11 buah tracks ternyata membuktikan Plaguebringer punya kemampuan tersendiri dalam memainkan irama berteknikal tinggi. Untuk info tambahan, Plaguebringer masih bergerak secara sendiri tanpa terikat dengan mana2 label.

Aaron James (Guitar), Aaron Lang (Bass), Diaro Irvine (Vocals),  Greg Smith (Drums), Roger Argeñal (Guitar)
Artwork oleh Dwid Hellion
Tracklist :
1 – Malice (Instrumental)
2 – Maleficarvm
3 – Curses
4 – Queen ov Midnight
5 – Starless
6 – Under a Desert Moon
7 – Three Kings
8 – Idle Hands (Instrumental)
9 – Frailty
10 – Diabolos, Pt.1
11 – Diabolos, Pt.2

Gua tak dapat nak kaji 2 buah EP awal Plaguebringer dimana info yang diperolehi mereka bermula dengan genre Deathcore. Namun agak mengejutkan Diabolos (2019) benar2 kick ass!!! 40 minit yang cukup merbahaya dari segi permainan instruments setiap line up. Diabolos (2019) mungkin sesuai gua katakan sebagai “upgrade” sedikit dari apa yang selalu anda dengar dari The Black Dahlia Murder. Bukan merendahkan TBDM, sebaliknya mungkin juga tanpa TBDM, band Plaguebringer ini tidak mencapai kemampuan bermain music berteknikal sebegini.

Sepanjang album ini dimainkan, gua berpendapat music Plaguebringer untuk album ini adalah usaha keras setiap line up dalam proses penulisan dan development setiap material yang dihasilkan. Aaron James dan Roger Argeñal adalah dua orang gitarist hebat yang menuju ke arah shredder. Kedua2 mereka mencuba menghasilkan permainan yang cukup berteknikal tinggi. Untuk riffing dan solo gitar, pengaruh The Black Dahlia Murder cukup kuat dan solo2 juga kadangkala cukup mendayu (solo mendayu ini mengingatkan gua pada album Miasma dari TBDM). Kadangkala ada juga bau2 Necrophagist dan band2 seangkatan melalui riffing2 yang dihasilkan. Drumming cukup menggila dan seakan cuba menandingi kemampuan robot! Kepelbagaian teknik jeritan dari Diaro Irvine menambah kegilaan dalam melengkapkan music bawaan Plaguebringer.

Dari segi sound produksi, Diabolos patut diangkat sebagai antara album yang perlu diberi perhatian untuk 2019 dan amnya pada suku pertama tahun ini. Kredit kepada Mick Kenney yang bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering.

Diabolos (2019) dikeluarkan dalam kuantiti yang cukup limited untuk format fizikal. 100 copies untuk vinyl dan 100 copies untuk digipak CD. Album ini juga boleh diperolehi melalui format digital dengan menghubungi secara terus melalui laman bandcamp Plaguebringer.

Plaguebringer

Email (Band)
Email (Booking Agent)
Facebook
Spotify
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected