Unflesh – Inhumation [Full Length, 2021]

0

Unflesh adalah unit Melodic Black/Death Metal dengan sedikit sentuhan Technical yang datang dari Amerika Syarikat, kini telah mengeluarkan album kedua mereka yang berjudul Inhumation secara sendiri.

Inhumation menawarkan 8 trek yang berselirat dengan gaya Melodic Black/Death Metal berteknikal dan vibe yang dark. Kredit patut diberikan kepada gitaris (merangkap vokalis) yang menghasilkan riffs yang berapi dan catchy dalam album ini. Terdapat pengaruh Naglfar, Emperor, Dissection, Gates of Ishtar dan Arsis yang bertaburan di antara trek-trek dalam Inhumation. Ia bukan sahaja dark, ia juga kaya dengan feel melankoli dan majestic yang memorable. Check out solo-solo yang cukup menyinari dalam beberapa trek dalam album ini, ugh power! 

Diseimbangkan pula dengan a dose of brutality dan chaos, Unflesh bagaikan menemui formula untuk menghasilkan album Metal yang garang tanpa perlu mengorbankan melodic senses. Dram pula bagaikan jentera perang bertalu-talu menghentam dengan fills dan blasts yang kreatif dan jitu ala Arsis dan Necrophagist. Geram pulak dengar band yang keluarkan output sehebat begini. Saya menyukai rakamannya yang jelas menampilkan semua instruments, termasuklah twang bass yang audible. Vokal pun terletak elok di hadapan, malah saya boleh faham apa dijeritkan. Obviously, ini bukan kualiti rakaman seposen lah. Inhumation berpotensi menjadi antara terbitan terbaik 2021, jadi silalah dengar and be prepared to be blown away.

Inhumation kini terdapat dalam format piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Naglfar, Emperor, Dissection, Arsis, Necrophagist, Obscura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected