Sinira – The Everlorn [Full Length, 2021]

0

Sinira merupakan projek solo Melodic Black Metal dari Amerika Syarikat dan yang menariknya memainkan stail Black Metal yang berkiblatkan Sweden yang menjulang hero-hero seperti Dissection, Vinterland, dan Sacramentum. Ini dibuktikan dengan album terkininya ‘The Everlorn’ diterbitkan semula melalui Northern Silence Productions.

The Everlorn menawarkan 8 trek Melodic Black Metal yang dingin dan distant. From the get go, Sinira berlalu pantas dengan riffs yang melankolik serta memorable diiringi paluan dram yang bertalu seakan Dissection era The Somberlain. Sedap betul dengar setiap trek ditulis dengan cantik dan kedengaran menarik sekalipun berkelajuan tinggi. Cukup intense namun tetap menusuk jiwa. Dengarkan saja title track The Everlorn yang bertubi-tubi menghidangkan melodic riffs sambil dram meribut dengan blastbeats. In fact, kebanyakan trek album ini memang killer, so don’t skip any, termasuklah instrumental Soul of the Flame. 

The Everlorn mempunyai kualiti rakaman yang agak dense dengan mengutamakan sound gitar yang melodik berapi dan melankolik pada masa yang sama. Pada saya bass agak inaudible namun itu bukan fokus dalam album ini. Vokal pulak standard Black Metal dengan projection suara yang mid range screams. It get the job done. Again, mengingatkan saya kepada Jon Nödtveidt Dissection. Ada beberapa part dalam album ini turut mengingatkan saya kepada Vinterland. Kepada worshippers sound Melodic Black Metal Sweden, anda patut check out album terkini Sinira. Saya memang impressed dengan album ini walaupun ada beberapa kelemahan terutamanya sound bass yang inaudible, namun tetap berpotensi menjadi album of the year.

The Everlorn kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Dissection, Vinterland, Sacramentum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected