Stortregn – Impermanence [Full Length, 2021]

0

Unit Progressive Melodic Metal dari Switzerland ini menangkap perhatian saya melalui album terkini mereka ‘Impermanence’ diterbitkan melalui The Artisan Era. 

Ini merupakan terbitan penuh mereka yang kelima dan bertemakan kosmos. Impermanence dipandu dengan sound Prog Metal yang melodic berperisa Black/Death Metal, semestinya catchy dan memorable dengan riffs yang over the top dan solo yang berapi. Impermanence menawarkan 8 trek yang membawakan pendengar ke pengembaraan kosmik yang diiringi songwriting yang  intense, wicked dan kreatif.

Jelas sekali Progressive Metal merupakan elemen terbesar dalam album ini. Kalau saya nak bagi perbandingan, ia bagaikan early Opeth yang diberi suntikan Melodic Black/Death Metal. Banyak betul guitar tapping parts dalam album ni. At times rasa macam poyo, tapi dengar lagi sekali saya merasakan ia adalah integral part dalam creating the sound and feel untuk Impermanence. Terdapat jugak sedikit sentuhan Jazz di sana-sini yang tiba-tiba menukar mood yang menggila kepada feel yang rileks sikit. Tapi tulah, macam show off pun ada tapi I guess they did it excellently. 

Saya pun tersangkut jugak la dengan stail mereka yang over the top tapi mengekalkan intensity Melodic Black/Death Metal. Kalau dah nama Prog Metal, tentulah solo gitar pun nak berteknikal dan menggulung tak ingat. Sedap betul, rasa macam lupa diri kejap. Kemudian bila masuk part yang ganas bertalu-talu, terasa nak hayun kepala sampai tercabut leher. Saya menyukai kualiti rakaman dan songwriting yang slick untuk album ini. Segala instruments terasa diberi ruang yang secukupnya, selain dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk menonjolkan kemampuan ahli-ahli Sortregn. Saya syorkan anda mendengar Impermanence tanpa sebarang expectation (seperti saya lakukan), dan saya jamin at the end of the album anda akan terasa puas mendengar output sehebat ini. 

Impermanence kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Obscura, Opeth, Inferi, Dissection

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected