Undergang – De Syv Stadier Af Fordærv [EP, 2023]

0
Undergang De Syv Stadier Af Fordærv

Geng Death Metal keji mereput dari Denmark, Undergang telah pun kembali dengan sebuah EP berjudul De Syv Stadier Af Fordærv melalui Dark Descent Records dan Me Saco Un Ojo Records pada September 2023. Terbitan yang berdurasi 22 minit menampilkan 7 lagu yang busuk bertaraf longkang namun jahat tak ingat punya.

Undergang

Semenjak kali pertama mendengar Undergang melalui album Aldrig I Livet, saya terus tangkap kagum dengan Death Metal bawaan mereka yang bizarre dan distinctive. Buat yang unfamiliar, sound Undergang boleh dikenali dengan gitar yang ditala rendah dan seakan gergaji rantai berkarat, drumming yang punkish dan sloppy, vokal berkahak hijau dan berbuih serta overall feel seakan keluar dari kolong limbah. Seperti Aldrig I Livet, EP De Syv Stadier Af Fordærv menyambung stail primitif dan aneh mereka yang sangat off-putting buat yang pertama kali mendengar Undergang.

Buat yang unfamiliar, sound Undergang boleh dikenali dengan gitar yang ditala rendah dan seakan gergaji rantai berkarat, drumming yang punkish dan sloppy, vokal berkahak hijau dan berbuih serta overall feel seakan keluar dari kolong limbah.

Namun untuk saya, sound dalam EP ini kedengaran cool dan sangat anti-Death Metal moden. De Syv Stadier Af Fordærv menjalin paduan stail Death Metal dan Doom Metal yang kadang-kadang menyelit selepas puas membalun laju. Malah approach Doom/Death mereka kedengaran sinister dan inhuman, terutama bila kedengaran vokal yang alternate between parau bernada rendah ala katak dan jeritan berbuih bagaikan leher dikelar. Sekali dengar rasa nak tergelak tapi banyak kali dengar terasa sesuai pulak. Yeah also don’t bother trying to understand the lyrics, kerana bukan sahaja ia dinyanyikan dalam Danish malah sebutannya terkemam lagi muffled. Tak apalah, janji brutal!

Namun untuk saya, sound dalam EP ini kedengaran cool dan sangat anti-Death Metal moden.

Jika anda mendengar Undergang for the sake of fun, saya saran tak payah lah. De Syv Stadier Af Fordærv secara overall adalah tentang menjadi sekeji dan sehina mungkin melalui sound Death Metal yang mereput dan busuk. There’s nothing technical (I mean there are parts can be considered as technical but barely) or melodic about it, tapi inilah benda yang saya sukakan tentang Undergang. It’s like staying true to what they believe, and probably staying true to Death Metal. Buruk gila sound. It’s so disgusting, I love it!

De Syv Stadier Af Fordærv kini terdapat dalam CD, piring hitam ,kaset dan muat turun digital.

FFO: Incantation, Demilich, Autopsy

Ikuti Undergang di:

Facebook

Instagram

bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected