Transitions – Apathy [2017]
2 tahun aku menunggu rilis full-lenght album dari Transitions ni. Demo mereka pada tahun 2015 mendapat tempat dalam rilisan favorite aku untuk tahun tersebut. Dan akhirnya di pertengahan Oktober lalu mereka berjaya mempersembahkan hasil seni mereka kepada umum dalam bentuk fizikal. Dihasilkan dan direkodkan sepenuhnya oleh Transitions & Aperforatedsphere Productions, kualiti produk yang bagi aku patut dibanggakan.
Memuatkan 10 track yang digarap dengan baik dari segi vokal dan arrangement muzik, betul betul menyumbang kelainan dalam scene muzik berat; post-hardcore secara khususnya. Tidak terperangkap dengan elemen “mosh” disetiap track, Transition mengajak pendengar menghayati, memahami setiap melodi dan menghadam bait bait lirik “deep” dalam setiap lagu. Sudah banyak kali aku berkongsi stage dengan mereka, menjadi penonton, dan setiap kali itu juga mereka mengubah atmosfera gig tersebut, semua orang akan terpacak dan terkesima. Track seperti “Inner Fatigue Towards“, “Seeking Lotus“, “Contentment” & “It Doesnt Get Any Better” merupakan track kegemaran aku. Tapi dinasihatkan, sila dengar keseluruhan track mengikut susunan sebab bagi aku, muzik sebegini mood yang dibawa memang lain macam. Layan pula bila tengah malam dan sayup sayup bunyi titis hujan di atap rumah. Amboih. Sebak dihati siapa yang tahu. Kahkahkah.
Secara jujur nya aku suka bila band menyertakan track track seperti intro “11:11” dan interlude “I Feel Nothing But,“, “And Through Floating Lights” yang menjadikan sesebuah album itu ada penceritaan. Terang terang juga disisipan lirik dalam album ini tertulis “Chapter One: Apathy“, yang pada aku mengharapkan band ini akan terus menghasilkan album, dan ini bukan yang terakhir, biarpun scene di Malaysia ini secara umumnya sedia tahu ikut musim, aku ingin menjadi saksi penghasilan “Chapter” yang seterusnya. Kini mereka sedang giat memantapkan diri untuk tour bersama Nine Eleven, dan aku harap band ini tidak sangkut sekadar di rantau Malaysia sahaja. Keluarlah dan cipta nama diluar sana.
Ikuti mereka di media sosial dan jangan lupa dapatkan Apathy.
Facebook – Transitions
Instagram – @transitionsofficial
Twitter – @transitionsmy
Email – trnstnsmy@gmail.com
FFO: Being As An Ocean, Underoath, Crooks (UK), avoid. etc