Eventide Horizon – 666 (EP2002)

0

Terlebih dahulu sebelum ini kami pernah membuat review demo mereka bertajuk “Angel’s Emotion – 1998”. Band dari Taiping, Perak ini sememangnya wajib berada dalam lipatan sejarah music berat tanahair kerana kelainan dan keberanian (dalam konteks “tempatan”) yang dibawa melalui konsep Gothic Metal yang rata2 awal, pertengahan, penghujung 90an sehingga awal 2000 genre berat kita didominasi aliran keras dari Thrash sehingga Black Metal yang kejam. Konsep pilihan Eventide Horizon jika dilihat dari konteks antarabangsa mungkin tiada originality namun mereka antara band tempatan yang pada gua, berjaya dengan konsep sebegini. Sentenced era Gothic Metal adalah ikutan Eventide Horizon. Adakah ia nya dinafikan atau diperakui bagi gua ianya tak lah penting sangat sebaliknya Eventide Horizon berjaya dengan cemerlang dalam pembawaan genre sebegini. 666 (EP2002) adalah produk rasmi dari mereka yang bagus dari segi penulisan, komposisi dan ianya material yang sedap didengar. EP ini ada dikatakan dikeluarkan kembali oleh satu label (sorry gua xdpt info sgt pasal rereleased ni) dan yang paling x best, Eventide Horizon telah berkubur. Pada gua, EP ini adalah hasil yang perlu dibanggakan sepanjang kewujudan Eventide Horizon.

Izhard (Vocals), Alwi (Guitars), Apex (Guitars), Jamil (Drums), Zam (Bass)

Artwork & inlay oleh Syahril
Tracklist :
1 – Falling White Roses
2 – Difficult
3 – My Angel
4 – Come Join Me

666 (EP2002) melalui proses rakaman dan adunan di Trinity Studio, Ipoh Perak. Merupakan antara studio yang banyak menghasilkan rakaman dari band2 Taiping, Kemunting, Ipoh dan kawasan gugusannya. Shizuka dan Hans antara band yang pernah menghasilkan rakaman disini.

Berbalik kepada EP ini, 4 lagu yang dimuatkan walaupun menggunakan chord2 yang mudah tetapi ianya menghasilkan melodi yang catchy dan segar. Falling White Roses dan Come Join Me pada gua adalah karya yang cukup indah pada susunan melodinya. Boleh kot kalau gua kata 2 ni track pilihan gua. Hahaha

Falling White Roses
Come Join Me

Dari segi teknikal, music yang dihasilkan hanya menggunakan chord2 mudah namun riff2 yang dihasilkan kedengaran agak segar dan “mudah tangkap”.. Pun begitu pujian harus diberi kepada pemain gitar utama yang menghasilkan solo gitar yang power disamping kawalan rhytm yang baik. Ada juga part yang menggunakan akustik gitar seperti permulaan track ketiga iaitu My Angel. Untuk permainan drum, genre sebegini tidak memerlukan paluan snare dan hentakkan pedal berskala laju. Cukup makan, tempo yang tepat dan kena dengan melodi sudah memadai.

Jika bercakap berkenaan sound produksi, EP ini boleh dianggap baik untuk zaman tersebut. Masih boleh kedengaran setiap instruments yang dimainkan. Gua anggap jika teknologi rakaman ketika itu seperti hari ini, pasti EP ini kedengaran lebih meletup. Senangkata EP ini masih boleh diupgrade dari segi sound produksi nya jika punya modal dan teknologi rakaman yang maju.

Ok, artikel dan review ini sekadar untuk memberitahu bahawa Malaysia satu ketika dahulu pernah punya sebuah band Gothic Metal yang bagus. Sepeninggalan mereka selain demo dan EP ini, anda boleh layari laman myspace mereka dibawah ini.

Myspace
Metal Archives

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected