Together to the Stars – As We Wither [Full Length, 2020]

0

Di awal Mac, saya menerima berita buruk yang Northern Silence Productions (yang antaranya mengeluarkan album As We Wither ini) menutup operasi mereka indefinitely. Tapi minggu lepas saya dapat tau bukak balik pula. Kira album Together to the Stars ini mungkin ada stock semula lah.

 

Duo Sweden ini memainkan Post-Black Metal yang bersulam perisa Post-Hardcore dan Blackgaze. Dah macam trend pula ya banyak band macam stail sebegini? As We Wither merupakan terbitan penuh kedua yang telah berada di pasaran pada 24 April 2020.

 

Saya menyukai stail begini sebenarnya yang merupakan satu lagi evolusi daripada gaya Ambient/Atmospheric/Post Metal yang kasar seperti ISIS, Altar of Plagues, Agalloch kepada yang lebih dreamy, melankoli serta ‘uplifting’ seperti Amesoeurs, Alcest, Deafheaven dan Harakiri for the Sky.

 

As We Wither bermula dengan trek yang cukup catchy iaitu Respire. Kedengaran seperti Blackgaze standard zaman sekarang; gitar bermelodi uplifting bak Deafheaven dan nyanyian ala Harakiri for the Sky dengan liriknya aduh, sayu!

 

Trek kedua Bioluminescence pulak cenderung gaya Post-Punk Amesoeurs tapi progressively build-upnya menunjukkan gaya Blackgaze sekali lagi. Saya kira pertengahan lagu ini menunjukkan kemampuan mereka dalam crafting sound yang meruntun jiwa melalui gitar. Aduh kalau nak ulas satu-satu memang tak muat.

 

Saya berpendapat formula As We Wither menjadi catchy dan accessible adalah disebabkan mereka menggabungkan sound-sound Post-Blackgaze yang familiar, jadi tak susah untuk hadam. Sebab bila saya selidik betul-betul memang senang nak detect vibe band-band terkenal yang mereka jadikan template. Senang cakap, ia album yang syok dilayan tapi bukanlah advanterous atau groundbreaking. Mungkin di keluaran akan datang mereka boleh break away daripada influences ini dan terus mencorak gaya sendiri.

 

As We Wither kini berada di pasaran dalam format CD dan muat turun digital.

 

FFO: Harakiri for the Sky, Ghost Bath, Violet Cold, Amesoeurs, Deafheaven


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected