Thy Regiment – Forgive And Forget (2010)

0

wow.. agak lama gua x menulis.. walopon gegendang telinga asyik di attack bunyi bunyian dr beberapa keping cd.. orait, kali ni gua nk review pasal hasil terbaru band hardcore kental ni.. THY REGIMENT!!!!
ermmm gua tetiba teringat split kaset yg gua ada dulu iaitu split CHRONIC MASS/BASIC RIGHT!!!! yeahhhh!!!! ok, album dr Thy Regiment yg bertajuk Forgive And Forget ini rilis pada 1 Julai 2010..  bertunjangkan irama hardcore kental mengingatkan gua pada Hatebreed!!!

Cover album oleh Shah Always Last

album yang terdiri dari 10 buah lagu (termasuk intro) ini agak padu jugak tahap hardcorenya.. 10 buah lagu tersebut adalah :

1 – Intro
2 – Don’t Disturb My Life
3 – Come & Go
4 – What Have You Done
5 – Strike Two
6 – Egocentric
7 – Forgive & Forget
8 – Hardcore Spirit
9 – Mindbleed (Bonus Track)
10 – Burial (Bonus Track)

Album yg diterbitkan oleh United Front/Nervhous Records ini juga menampilkan beberapa penyanyi undangan seperti Ein dari Second Combat, Miss HC Punk dan Ijam Restraint.

Ok start cd jek intro kedengaran bunyian didigerido dan yang cuba di “matching” bersama instrument gtar, bass dan drum.. Tamat sahaja intro, paluan irama hardcore kental serta merta menyerang dari lagu Don’t Disturb My Life.. rasa nak tumbok lantai jek!!! haha.. Lagu ke 4 iaitu What Have You Done menampilkan vokalist undangan dari band Restraint!!! satu kombinasi yg mantap juga namun gua punya pilihan terbaek ialah dari track ke 6 iaitu Egocentric. lagu yang menampilkan Ein dari Second Combat. Penampilan Ein yang menyanyi seakan2 sedikit rapping mengingatkan gua pada lagu Bleed dari Soulfly (lagu Bleed ni Fred Durst yg rapping) namun sesuatu yg unik pada lagu ini ialah suara Ein yg tidak sedikit pon punya unsur growl atau memekik.. (memang ini la suara Ein dlm Second Combat) walopon kedengaran agak kontra (vokal Ein dan music Thy Regiment) tetapi bagi gua lagu ini berjaya membuatkan anda sing a long atau lebih mudah nk di ungkapkan melodinya mudah meresap kedalam minda anda..Track ke 7 pula menampilkan Miss HC Punk (seriusly gua xtau sapa minah ni..) dan nyanyian beliau dapat menghidupkan lagi lagu bertajuk Forgive & Forget ini..

Keseluruhan album ini gua boleh rungkaikan sebagai antara album hardcore tahap kental dan keras!!!! produksi bunyi nya jugak memuaskan gegendang telinga dan mencapai tahap kualiti sebenar album..

Anda boleh mendapatkan album Forgive and Forget ini melalui United Front Records atau boleh juga melalui beberapa label indiependent lain seperti Nervhous Records, Cellulite Records dan label2 lain (try tgk sidebar blog ni DtE ada kasi link ke label2 atau distro tempatan)

ok Thy Regiment boleh di hubungi melalui :
Facebook
Myspace

Kepada peminat2 hardcore tegar!!!!

rating : 7.5/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected