A.S.A.R – Alcohol, Sex and Rock n Roll (2010)
haha.. lu orang pernah dengar band ni? lagu2 diorg? ini A.S.A.R haha.. pastikan anda cukup ROCK jika mahukan cd ini… tengok saja pada tajuk albumnya, “Alcohol, Sex and Rock n Roll” haha!!!!
A.S.A.R di anggotai oleh tiga pemuzik dari 3 buah band iaitu The Dirty Dogs, ArkhaytulMayt dan Rusty.
Ok berbalik kepada rilisan terbaru mereka yg bertajuk A.S.A.R – Alcohol, Sex and Rock n Roll (2010) ini, ianya terdiri dari 10 buah lagu yg pada gua mempunyai pengaruh rock n roll yg cukup kuat!!! Permainan gitar yang benar2 mencengkam jiwa serta lirik berbahasa melayu yang sangat emm… anda beli dahulu dan anda akan dapat jawapan apa yg gua x tercapai nk tulis tu.. haha..
10 buah lagu yang terdapat didalam cd ini ialah :
1 – Alcohol
2 – Brickfield
3 – Nikmat
4 – Melakukan Dosa
5 – Rokiah
6 – Selangkah ke Neraka
7 – Sober
8 – Rock n Roll
9 – Di Pintu Sepi (lagu cover dr Search)
10 – Dendangan Lagu
Ok, anda dah baca tajuk2 lagu A.S.A.R? itu cuma apa yg anda baca, belom dengar lagi.. ok, bagi gua musically nya album ini punya bunyi rock n roll yg cukop pekat!!! Kesemua lagu mempunyai kekuatan sendiri, dari segi susunan lagu, gtar solo dan juga susunan melodi vokal yang menarik.
Bermula dengan lagu Alcohol sudah membuatkan anda berasa dalam dunia lain yg mungkin hanya yg tahu saja akan faham..haha.. Bermula dengan paluan drum solo sebelum serangan tanpa belas kasihan disusuli oleh riffing2 gtar!!!Susunan gtar line yg menarik dan rasa nk headbang pun ada rasanya ditambah pula dengan lirik yang benar2 jahanam!!! haha.. Brickfield sedikit rilek moodnya dan sekali skala lagu ini mengingatkan gua pada Twisted Sister. Sekali lagi susunan vokal yg sing along juga menambah seri lagu ini. Track ketiga iaitu Nikmat dimulakan nyanyian yg dilatar oleh strumming gtar sebelum disusuli bunyi drum.. Jika track kedua iaitu Brickfield moodnya agak rilek namun Nikmat pula lebih tepat jika dikataka sebagai sebuah track yang santai.Track keempat mengajak anda untuk sama2 menari ronggeng!!! haha lagu yang tajuknya Melakukan Dosa. Gua xmau komen liriknya tapi lagu ini menarik pada gitar line nya. Ending lagu ini kedengaran bunyi twin pedal yang sesuai dgn mood lagu ini. Track kelima merupakan sebuah lagu yg menggunakan nama wanita.. ROKIAH!!!! yaaa intro sample dr filem Allahyarham P.Ramlee dan disusuli serangan riffing gtar yg mengajak anda menari sekali lagi!!!! juga ada harmoni gtar pada lagu ini.. menarik sekali!!! lagu ini pada gua pasti lebih mencengkam jika vokalist band ini dapat menyanyikan pada kadar pitching yang sedikit tinggi dr rakaman ini. Track keenam Selangkah ke Neraka di mulakan dengan nyanyian yg berlatarkan plucking gtar sebelum riffing heavy metal menyusul. Lagu yg solo nya agak mencengkam jiwa!! haha.. Track ketujuh bertajok Sober, antara lagu yg rancak!!!! riffing gtar dan paluan drum benar2 bikin rockin’ tahap gaban!!!! gaya nyanyian kali ini sesuai sekali dengan lirik yang dinyanyikan.. rancak dan laju!!!!
Track kelapan bertajuk Rock n Roll adalah sebuah track yang kurang rancak namun susunan lagu nya masih lagi menarik untuk didengar. Track ke sembilan merupakan sebuah lagu cover dari Search iaitu Di Pintu Sepi. lagu ini dibawa dengan baik oleh A.S.A.R dan pada gua hanya gaya nyanyian sahaja yang kurang “soul”, namun segala permainan instrument adalah terbaek!!! track terakhir bertajuk Dendangan Lagu dimulakan dengan bunyian syth sebelum instrument gtar dan drum menyerang. lagu ini pada gua punya pengaruh Sweet Charity yang agak kuat (gua tumpukan ayat ni pada permulaan lagu) dan verse lagu ini juga agak singalong punya mood. Permainan gtar yg rilek dan bersahaja.
Ok, keseluruhan produksi album ini pada gua masih lagi belum mencapai tahap kualiti album yang sebenar, namun gua memandang semula pada latar belakang band ini, mungkin ini merupakan attitude sebenar yg A.S.A.R inginkan dari segi kualiti bunyian dan music ciptaan mereka. Secara jujurnya gua berpendapat A.S.A.R bukanlah sebarangan band. Bakat mereka terserlah lebih-lebih lagi pada pemain gtar mereka. Riffing yang benar2 bikin rasa nak headbang tanpa henti dan juga solo gitar yg benar2 penuh semangat. Hanya vocalist rasanya perlu lebih bekeje kuat untuk lebih improve dimasa hadapan.
Orait!!! album ini boleh didapati hanya dengan harga rm10 dan anda boleh kontek band ini melalui ruangan myspace mereka di sini -> A.S.A.R
rasailah penangan rock n roll yang sebenar!!! lagu dan lirik disatukan!!!!
yearghhhh!!!!
rating : 7/10