The Fallen Prophets – No End in Sight [EP, 2020]

0

Garang betul band Death Metal dari Afrika Selatan ni! Jujur cakap saya jarang menerima terbitan dari negara belah benua Afrika, jadi saya mempunyai zero expectation la. The Fallen Prophets baru sahaja mengeluarkan EP terkini mereka ‘No End in Sight’ yang dikeluarkan melalui MMD Records pada 11 Disember 2020.

No End in Sight menghidangkan jamuan Death Metal yang diverse dengan stail lain termasuk Black Metal dan Deathcore yang muncul merata-rata dalam album. Saya fikir mereka ini takdelah banyak berbeza dengan terbitan Death Metal dari AS atau Eropah, malah rasanya setaraf dari segi kualiti dan brutality. No End in Sight berpesta blastbeat dan vokal low grunt di samping ditaburi chug-chug berat daripada gitar yang bagi vibe garang yang tak malu-malu nak pecahkan muka dan gegendang telinga anda. Sekali dengar terasa pengaruh Aborted dan Cattle Decapitation memandangkan blazing speed dan furious tempo yang berpesta merabakkan telinga di kebanyakan trek. Tambah pula dengan vokal yang berkahak bernada rendah buat saya kecut perut dengar keupayaan vokalis mereka ini. Garang betul. Tapi honestly, you wouldn’t expect this actually comes from a South African band.

Salah satu aspek yang membuat EP ini enjoyable adalah kehadiran solo gitar yang teknikal, courtesy daripada artis jemputan band Vulvodynia dan Blood Red Throne. Ini bukan level seposen punya guitar works, ia solo yang enhance dan melengkapkan lagu. Kira bukan main taram la, ini solo-solo yang well thought. Selain daripada itu, saya kira kualiti rakaman EP ini adalah decent untuk terbitan Death Metal dengan semua instruments jelas kedengaran, termasuklah sfx bass drop. Dah lama tak dengar bass drop dalam terbitan Metal lol. Jika anda curious nak tau bagaimana Death Metal dari benua Afrika berbunyi, look no further, dengar saja EP ini.

No End in Sight kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Aborted, Cattle Decapitation, Benighted

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected