Cerulean Dawn – The Octant Moons
Band Atmospheric Black Metal ini baru saja mengeluarkan debut EP mereka yang berjudul ‘The Octant Moons’ melalui Viridian Flame Records. EP yang sekadar menghidangkan 2 trek namun berdurasi panjang menjadikan keseluruhannya berjumlah 20 minit yang kaya dengan feel dan build up gaya American Atmospheric Metal bercampur kecenderungan menyelitkan sound kosmik.
Kualiti rakaman The Octant Moons adalah raw dan kotor namun masih berupaya menyelitkan feel yang melodic serta soaring. Contohnya, vokal yang bergema dan terkebelakang masih mampu compliment gitar yang tak henti-henti memandu lagu dengan petikan yang melodik. Dram pula seakan diberi treatment minimal; snare terasa kurang umphh dan tidak level dengan instruments yang lain, menyebabkan di bahagian yang blasting sound dram bergolak seperti muddy dan draggy. Dari segi lain, dram dengan treatment sebegini sah-sah berbunyi organik.
The Octant Moons mempunyai beberapa parts dan riff yang memorable namun banyak dipengaruhi gaya Falls of Rauros dan Wolves in the Throne Room. Tidaklah break the norm (dari segi Amospheric BM), namun tidaklah terasa bosan, cuma saya harap lebih berani untuk craft stail yang lebih original di masa akan datang. Saya sebenarnya macam kecewa sedikit dengan keyboard/synth dalam The Octant Moons yang banyak menghilangkan diri di kebanyakan durasi EP ini. Hanya 1 minit terakhir baru saya dapat dengar stail cosmic keyboard yang pulsating dan ethereal menjurus ke Dark Ambient. Cukup menusuk tapi 60 saat sahaja? Padahal kalau dimanfaatkan seawal trek pertama tentulah EP ini lebih layan. Keyboard dalam The Octant Moons mengingatkan saya kepada EP Wolves of the Throne Room iaitu ‘Celestite’, mysterious dan brooding. Tapi tu lah, pendek sangat. Anyway, jika anda curious dengan gaya Atmospheric Black Metal belah AS (dikenali sebagai Cascadian Black Metal), bolehlah cuba layan EP Cerulean Dawn ini.
The Octant Moons kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Falls of Rauros, Wolves in the Throne Room, Mare Cognitum