Heretical Sect – Rapturous Flesh Consumed [Full Length, 2020]
Unit Black/Death/Doom Metal dari AS, Heretical Sect baharu sahaja mengeluarkan album penuh terkini mereka, ‘Rapturous Flesh Consumed’ melalui Redefining Darkness Records dan Gilead Media. 6 trek yang menghidangkan Black Metal dengan Death Metal berkualiti cavernous dan Doom Metal yang menyelinap sekali-sekala.
Rapturous Flesh Consumed membawa vibe yang uncomfortable, almost ritual-like, terutamanya bila stail Doom Metal mula menyelinap, semua jadi seakan slow descent into oblivion. Tambah pulak riffing cavernous dan thick serba disorienting yang berbunyi antara Incantation dengan Blasphemy digabungkan. Cherry on the top tentunya vokal yang bergaung dan berkahak membuat pendengaran saya jadi terrifying.
Rapturous Flesh Consumed tidaklah chaotic melampau. Ia masih Black/Death yang masih tolerable pada pendengaran saya, dengan instruments kebanyakannya jelas didengari, ini termasuklah part-part yang ada blastbeat menggila. Saya kira ini terbitan Black/Death/Doom Metal yang nicely executed. Tak raw sangat, tak clean sangat untuk pengalaman mendengar yang boleh tahan. Jika anda Black Metal anda berbunyi tebal dan kadang-kadang bermain pada crawling pace yang menakutkan, Heretical Sect patut berada dalam senarai anda.
Rapturous Flesh Consumed kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.
FFO: Incantation, Blasphemy, Portal