Twisted Mist – Orbios [Full Length, 2020]

0

Wah, jarang-jarang saya dapat dengar album Folk Metal tahun ni (selain Arseis yang saya review hari tu). Kali ni, Twisted Mist dari Perancis telah mengeluarkan album penuh ketiga mereka ‘Orbios’ melalui Music Records. 

Mendengar Orbios seakan membawa saya ke hutan yang tenang dan cahaya matahari menembusi dari celah-celah dahan pokok. Folk tune dimainkan menggunakan instrumen tradisional seperti hurdy-gurdy, bombardi, bouzouki, lyre, seruling tulang dan gendang medieval mengalunkan feel yang syahdu dan chill kadang-kadang buat saya lupa yang ini adalah album Metal. Disusuli pulak dengan vokal seakan chant buat rasa macam berada dalam mostery pulak.  Saya sebenarnya tidaklah berapa kisah dengan muzik Metal yang diselitkan memandangkan soundnya yang tidak padat, apatah lagi dengan dram yang kedengaran terlalu digital. Namun saya tidaklah merasakan idea-idea riff yang dihidangkan tipikal, sebalinya mempunyai weight dan depth, cuma poorly executed. Ada beberapa riff yang memorable tapi alangkah ruginya tone gitar kurang masyuk.

Majoriti trek dalam album ini nampaknya cenderung kepada stail Folk berbanding Metal. Kalau anda dengar satu-persatu trek dalam Orbios, amat jelas sekali yang songwriting mereka berpaksi kepada dipandu bunyi instrumen tradisional dan diselit dengan elemen Metal, not the other way around. Ini menjelaskan mengapa album ini tidak berapa chaotic sebagaimana album Folk Metal yang pernah saya come across. Dan ini bukanlah satu complaint, sebaliknya saya lebih sukakan stail sebegini. Nampak lebih segar dan jujur, dan organik (kalau anda abaikan elemen Metal mereka). Orbios adalah album yang bagus untuk mereka yang baru nak berjinak mendengar Folk Metal lantaran elemen Folk musicnya yang cukup-cukup menyinar. Kalau anda curious nak tahu macam mana muzik rakyat dicandu bersama kegarangan Metal, cubalah dengar Orbios!

Orbios kini terdapat dalam format CD dan streaming digital.

FFO: Eluveitie, Primordial, Wardruna, Bran Barr, Aes Dana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected