Tenebra – Through Crying Soul I See What I Was [Full Length, 2020]

0

Tenebra merupakan sebuah band Black Metal dari Itali yang kini berpindah ke Sweden, dan ‘Through Crying…’ adalah demo ketiga mereka yang pertama kali dikeluarkan pada 2007. Pada 2020, ia dikeluarkan semula oleh Cult of Parthenope.

Untuk material yang pernah keluar di dekad pertama 2000, ‘Through Crying…’ terasa masih refreshing untuk didengar. Black Metal yang savage dengan dos melodik yang mencukupi serta feel ‘sejuk-sejuk, hutan-hutan’ membuatkan saya tak menyangka ia sebenarnya adalah sebuah re-release. Kualiti rakaman yang necro dan kering (standard Black Metal, apatah lagi untuk demo) melengkapkan lagi feel jahat daripada Tenebra.

Songwriting untuk demo ‘Through Crying…’ ditulis dengan baik sekali, ini memberikan flow dan dinamik yang baik kepada keseluruhan terbitan. Saya menyedari riff-riff dalam demo ini cukup catchy, yang pada saya berinspirasikan Second Wave Black Metal terutamanya dari Scandinavia. Band ini mengingatkan saya kepada Ulver era Nattens Madrigal; melodic tapi berbunyi kering dan tajam! Paluan dram yang meribut memandu vibe album ini, di samping permainan gitar yang jahat. Vokal sedikit terkebelakang dan bergema, ini standardlah untuk terbitan Black Metal. Bonus point kepada trek pertama dan terakhir yang berperisa ambient, cukup masyuk dan misteri untuk membuka dan menutup vibe demo ini.

Jika anda terlepas untuk mendengar hidden gem ini pada pertama kali pada 2007, ini peluang anda untuk mendengarnya! Probably overlooked 13 years ago, kita boleh kembali menghargainya pada tahun 2020.

‘Through Crying Souls…’ kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Ulver, Satyricon, Borknagar, Enslaved

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected