Tandus – Skuad Pemusnah (2020)

0

Tandus antara nama yang harus diberi perhatian sebagai pembawa irama Heavy/Speed/Thrash Metal tempatan. Kelahiran full length Skuad Pemusnah (2020) adalah sesuatu yang pasti dinantikan kerana ia adalah satu jangkamasa yang panjang dimana release rasmi pertama berformat EP iaitu Logam Maut muncul pada 1997 dahulu. Menggunakan 100% bahasa ibunda, Skuad Pemusnah (2020) adalah satu produk yang cukup “bersedia” dan ia nya menjadi produk pertama dari label dari selatan tanahair Muzikbox Production.

Atoi Nightscreamer (Lead Guitars), Ain Raptor (Bass), Acun (Vocals), Arm (Lead Guitars), One Soulkiller (Drums)

Artwork oleh One Soulkiller
Layout oleh Acun & One Soulkiller
Tracklist :

1 – Skuad Pemusnah
2 – Trilogi Penghapusan
3 – Manusia Petaka
4 – Hipokrasi
5 – Metal Selamanya
6 – Keparat
7 – Bayang Hitam
8 – Rasukan Puaka
9 – Braindead

Skuad Pemusnah (2020) melalui proses rakaman di Cha Limpong Studio, Kulai Johor. Proses mix, mastering dan penerbitan album ini dilakukan oleh Ain Raptor dan Atoi Nightscreamer.

Seperti yang gua nyatakan di perenggan pertama, Skuad Pemusnah adalah sebuah album yang cukup “bersedia”. Gua beranggapan sebegini memandangkan kesemua track jika diteliti dari segi riffing, groove, melodi cukup sempurna. Mungkin kerana setiap lagu yang dihasilkan melalui proses komposisi, penambahbaikan yang secukupnya bersesuaian usia band dan tempoh 23 tahun pertapaan. Kemungkinan besar kesemua lagu sudah lama dicipta dan sesi penambahan feel dan development idea dalam komposisi digunakan secukupnya sepanjang masa sehingga proses rakaman dilakukan. Malah gua boleh katakan solo2 gitar juga “kena” dengan mood dan penciptaan lagu2.
Perubahan line up mungkin memberi sedikit kelainan dari apa yg pernah didengar untuk track2 dari Logam Maut. Ain Raptor yg masih kekal sebagai line up asal bertukar posisi mengendali tunjang sebagai pemain bass dan nampak kemasukan dua guitarist Atoi dan Arm menambah seri untuk permainan rhythm dan solo2 gitar yang menarik. Vocal boleh dikatakan paling banyak kelainan. Perbezaan gaya dan tone suara dari Acun nampak lebih liar jika dibandingkan dengan vocalist terdahulu iaitu Greye.

Dari segi sound produksi, Skuad Pemusnah (2020) adalah satu hasil produksi yang bagus untuk hasil akhir. Bagi pendengaran teliti gua, mungkin tone/sound drum agak kedengaran sedikit “machine” dan kurang organik. Mungkin effect dari EQ atau penggunaan trigger. Lain2 segi pendengaran, ngam dan terbaek!!!
Skuad Maut (2020) boleh dibeli dengan harga RM30 by hand. Sila berhubung secara terus dengan Fadhil Terkutok pemilik label Muzikbox Productions untuk urusan pembelian.
Manusia Petaka & Hipokrasi (Live at Pulau Metal Fest)
* kredit video to Syed Yunus

Tandus
Email
Facebook

Muzik Box Productions
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected