Pure Wrath – The Forlorn Soldier (EP2020)

0

Setelah muncul dengan 2 buah album, sebuah split CD, kini Pure Wrath band yang asalnya sebuah project one-men band ini muncul dengan sebuah produk terbaru iaitu The Forlorn Soldier (EP2020). Berada dibawah kelolaan Debemur Morti Productions (France). Bersama kelahiran EP ini juga Ryo selain mastermind disebalik nama Pure Wrath telah merekrut beberapa line up dan telah memusnahkan beberapa pentas gig/konsert sekitar Indonesia.

Ryo – Everything
Artwork oleh Aghy Purakusuma.
Logo oleh Rio Oscaryzm.
Layout oleh Januaryo Hardy.
1 – When a Great Man Dies
2 – Children of the Homeland
3 – With Their Names Engraved

The Forlorn Soldier (EP2020) melalui 2 sesi proses rakaman iaitu rakaman instrument di Insidious Soundlab (Indonesia)  dan 100% diselenggara oleh Ryo. Manakala proses rakaman vocal dilakukan di Apache Studio dan diselenggara oleh Aljufri. Untuk rakaman EP ini, menyaksikan Pure Wrath menggunakan khidmat Yurri Kononov dimana ianya dirakam di Dark Blue Records (Ukrine) dan diselenggara oleh Alex Nargonykh.

Walaupun hanya memuatkan 3 buah tracks, total durasi untuk EP ini adalah melebihi 27 minit. Sepanjang memiliki, mendengar, mendalami dan meneliti release2 dari Pure Wrath, gua berpendapat karya2 dari EP ini kedengaran lebih progressive dan flow atau perjalanan lagu lebih ganas dan agresif. Masih mengekalkan elemen yang memperkenalkan music ciptaan mereka iaitu Atmospheric Black Metal, pada gua Ryo bukan sebarangan entity yang harus dipandang biasa2. Homework yang tekun dan soul yang pasti datang dari hati pastinya adalah “medium utama” dalam penghasilan karya2 berkualiti Pure Wrath.

The Forlorn Soldier (EP2020) boleh diperolehi dengan menghubungi Debemur Morti Productions (France) dan ianya didatangkan dalam format 10″ vinyl, digipak CD dan juga format digital.

Dapatkan The Forlorn Soldier (EP2020) dan jaminan kepuasan adalah recommandation dari gua kepada anda penggemar irama Atmospheric Black Metal.
Pure Wrath
Debemur Morti Productions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected